Friday, May 9, 2008

Masak day

Hari ni penat betul tapi best sebab weekend. Tak payah bangun awal nak pergi sekolah.

Tapi kesian sikit kat aku. Masa tersedar pagi tadi, aku carik phone nak tengok pukul berapa. Takut terlambat bangun. Aku pikir hari ni sekolah dong! Kelakar betul pagi tadi rasa. So disebab kan hari ni tak bersekolah, maka dengan semula jadinya aku keluar bilik pukul 10 pagi. Kira awal lah tuh. Kekadang pukul 11 pun masih malas lagi nak keluar bilik.

Pagi tadi, aku gi sekolah ambik barang-barang yang kawan aku tinggal. Dia lupa nak amik mase dia balek kelas hari khamis semalam. Lepas pick-up barang tuh, aku gi la jemput adek-adek aku yang pergi kelas teakwon-do. Mase kat rumah, aku telah diperintahkan oleh emak aku untuk belajar memasak buttered prawn (yummy!) Tapikan, tak sempat lagi nak belajar, mak aku dah siap masak. Wosh~!! Cepat gila lar. Naseb lah janji dapat menghadap buttered prawns dengan masak asam (lagi sedap!)

Tapi tadi memang aku habiskan masa aku kat dapur (bukan dok menghadap makanan yek!). Petang tadi kene buat dadih sebab kawan mak aku dari arab nak datang. Lepas siap buat dadih tu, aku bancuh satu adun untuk buat chocolate kek. Wan aku mintak sebab hari tu yang aku buat dia tak sempah rasa (adek aku & kawan-kawan mak aku sapu kasi licin). Siap bancuh semua-semua tuh dah pukul lapan. Terpaksa lah lari naik atas, mandi, sembahyang siap-siap. Nak menghadap buku pun tak sempat lagi.

Lepas siap sembahyang and rehat (lebeh kureng 10 minit gitu), kawan mak aku arrived with her family. Anak-anak dia ade 3 orang, 2 perempuan (7 dan 6 tahun) with a baby boy (almost 1). Anak-anak dia kiut! Parents aku berbual and lepas tuh diaorang served the dinner. All of us had two roasted chickens (yang aku buat sama-sama dengan mak aku), a big bowl of Oregano Potatoes (my mom's original recepies), some healthy pasta (the best pasta in the world, better than California Kitchen's) and some Cambell's soup. Yummy. (Disebabkan dinner tadi western, terpaksalah tulis dalam english). For the desserts, we had some chocolate cupcakes and pina-cola-ta (how to spell it again?) a.k.a dadih with some Hersheys Chocolate Syrup. Banyak nya chocolate...

Sekarang nih, aku tengah kepenatan dan ke-ngantuk-an disebabkan rushing masak tadi dan dah lepas my bed-time. Tapi, I'm trying to not fall asleep since I haven't open my sejarah book yet!
Okay la, sampai sini jer rambling aku hari ni mengenai dunia ku yang penuh dengan keceriaan, keseksaan, kehidupan, kehitaman dah segala-gala ke ke yang lain.

Ja-ne...assalamualaikum

Thursday, May 8, 2008

Special Day: Happy Birthday...

Hari memang best la gi sekolah tadi. Knape? sebab tak blajar sangat pun. Yang belajarnya subjek math dengan b. arab.

Kebanyakkan cikgu tadi busy sebab ari sabtu ni ade pertandingan nasyid peringkat negeri datang bertanding kat sekolah. Tapi sayang seribu kali sayang, yang wakil Kemaman bukanlah sekolahku, tetapi SMK Chukai. Nak buat camne? Budak-budak yang masuk nasyid untuk sekolah berlatih last minute. Memang sah-sahlah tak dapat nak wakil.

Tadi mase kat sekolah, aku and seorang rakan ku ini membantu guru-guru untuk melaksanakan tugas mereka yang berlambak-lambak tuh. Di sebabkan aku ni jenis yang suka main komputer dan boleh jugaklah di katakan mahir dengan selok-belok komputer, maka terpaksalah aku membantu cikgu-cikgu yang kureng mahir. Kesian jugak kat cikgu kalau tak tolong, ye tak? Kesian tengok cikgu terkulat-kulat depan skrin... So tolong aje lah, dapat pahala free-free. Siape tak nak?

Puas jugak tolong cikgu. Mane taknye, dari pukul 11.20 sampai lah pukul 2.30. Nasib tak tertinggal bas aje tadi. Kalo tak.... Pikir-pikirlah sendiri. Ape yang aku akan buat agaknya.

Hari ni punya lunch special sikit. Bday mak aku kan hari ni, so dapat lah aku melantak... eh, makan nasi ayam. Memang tak ade la special sangat, tapi entah apa sebabnya, rase nasi ayam arini terlebih sedap dari biasa. Mungkin sebab lapar kot? haha... Biarlah.

Yang paling bestnye hari ni, aku dapat guna komputer HP yang baru. Tablet yang skrin boleh pusing-pusing tuh. Ada touchscreen lagi. Best. Macam PDA. Wa... Mane mak aku dapat yek? Dia kata dapat free, bapak aku cakap bli... Mane satu nak percaye nih? Humm??? Ni aku tulis nih, guna komputer baru tu lah. Syok...

Oklah...aku nak kene study...tapi rase cam malas sesangat. Hari selasa ni dah nak periksa...tapi aku cam tak kesah aje...Ni tak boleh jadi nih... Buku-buku!! Di manakah buku aku?

Monday, May 5, 2008

Kawan

Hari ni sekolah berjalan macam biase-biase je. Everything went just find for me. Well, not everything though.

Mase unit beruniform tadi, punyalah sikit orang datang. Pastu aku dengar cite dari sorang nih. Dia kata ada la dua tiga orang tak datang, balik masa pukul 2 tadi. Aku tanye, kenape? Dia cakap, balik nak study. Wa... orang lain pun nak study jugak. Taw la next week exam. Geram jugak aku dengar. Yelah, orang lain pun exam jugak tapi tak ade la sampai ponteng unit. Nak buat camne kan? Diaorang nak dapat A banyak-banyak. Biarlah diaorang.

Mase balek tadi, aku pergi tunggu bas dengan kawan-kawan aku yang lain. Yang sorang ni kawan aku sejak aku kecik lagi manakala yang seorang ni merupakan bekas jiran aku merangkap kawan aku yang boleh dikatakan rapat la jugak. Pastu mase tengah lepak2 kat atas rumput tuh (dengan cuaca yang amat nyaman) si A ni bukak la mulut. Dia cakap kat aku, dia terasa hati sikit kat kawan dia nih. Kawan si Z nih nama dia D. D nih dulu kawan baik dan rapat dengan Z. Namun sejak akhir2 nih, Z cakap si D nih dah lupakan dia. Yelah, dah ade kawan2 lain, yang lame tinggalkan lah.

Z cakap, dia memang tak puas hati dengan si D. Aku pun perasaan, D n the gang dah berubah semenjak dua menjak nih. Dah tak macam D yang lame. So aku cakap kat Z, biarlah dia. Kite bukan boleh nak buat ape pun. Caye cakap aku nanti die mesti carik kau punye mase dia gaduh dengan gang2 dia tuh. Memang betul pun Z cakap. Sebab dulu penah sekali dua, si D nih gaduh dengan gang dia. D pergi la cari Z. Bila dah baek, Z terus dia tinggalkan. Macam kacang lupekan kulit.

Kawan aku yang seorang ni pun join sama. si N ni cakap, dia pun tak puas hati ngan PK (bukan guru PK) nih. Dia kate, mase PK gadoh dulu dengan kawan dia, PK nih cakap dia tak mau tinggal kan si N nih. Tapi 1/2 jam lepas tuh si PK ni baek dengan kawan dia and sama cam kes Z, terus lupekan si N nih. Kesian kat N sebab mase PK gaduh, punye la N pujuk PK supaye jangan sedeh... Namun apakah yang boleh N buat selain biar kan aje?

Tu lah kawan. Kadang2 kita rasa kita ramai kawan. Tapi sedarkah kita, kadang2 tu kita rasa kesepian, keseorangan yang teramat sangat?

Aku harap sesangat aku tak jadi macam si D dengan PK. Aku nak jadi kawan yang sama2 ketawa dan menangis.