Tuesday, December 23, 2008

Komputer ku sayang kena virus!

Wawa.. Sedey gila rasa!! Komputer HP yang baru beli awal tahun tu kene virus power gila!! Habis crash~!! Sedey woo... Segale-gale maklumat, kerja2 and personal stuff dalam tu rosak!!

Ni semua pasal virus dari pendrive kazen aku. Banyak gila virus dan aku terlupa nak scan sebelum bukak pendrive dia. Gila!! Nyesal gila rasa!!

Virus dia ntah jenis ape. Dari ade 5GB space tinggal 12mb je tinggal space. Pastu terus kiok~!!! damn!!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Cuti-cuti sekolah

Erk... lamenya tak update. Blog yang lagi satu pun dah lama tergendala, tak update update pun. Tak de mase? Alasan aku yang paling biase. Haha

Hurm... aku dah lama tak balik rumah. Pergi cuti-cuti sekolah. Aku balik kampung kat JB pastu pergi KL 1 malam then pergi Langkawi. Fuhhh... Memang cuti sakan nih. Aku baru balik umah lepas hampir 2 minggu lebih la away.

Memula balik Johor. Ni memang aku tak rancang pun nak gi. Kira, percutian mengejut la. Sebabnya, memula aunty aku ni rancang nak cuti2 kat sini tapi bapak mertua dia sakit, so tpakse la balik Johor. Aku and adik aku pun join sekali la. Hehe...Rumah bapak mertua makcik aku ni dekat gak dengan umah nenek aku, so aku stay la kat rumah nenek aku. Dekat seminggu gak cuti kat Johor.

Masa cuti kat Johor, aku buat banyak gak benda. First skali, kalau balik Johor ni, aku mesti main dengan 2 orang kazen aku (dlu sorang je, tapi dia dah ada adek), Alan n Aman. Seronok main dengan Alan sebab dia boleh dikatakan paling rapat dengan aku la. Masa kat Johor, aku sempat tengok wayang cite Madagascar 2 dengan bbudak n makcik aku, pastu pergi jejalan kat Tebrau City and gi jejalan kat shopping mall ape ntah. Seronok tu tak de la sangat tapi boleh la menghilangkan boring sebab terperuk dalam umah je. Hehe.

Then, lepas 4 / 5 hari kat Johor, aku turun KL ngan grandparents aku. Kiteorang nak gi Langkawi sesama ngan parents and adek2 aku yg lain. Malam tu, aku stay kat umah makcik aku, parents aku lak stay kat umah Putramas II (hey, ada jugak umah kat KL ghupenya). Esok, pepagi dah gi kat umah putramas, repack segala macam barang yg nak bawak gi. Around 4, kiteorang bertolak gi Sepang. Fuih... lama seh. Kat 2 jam baru sampai airport. Penat seehhhh...

Bile dah kuarkan segala macam beg2 dari dalam keta, baru sedar, 'mak aiiihhh... banyak gila beg. Cam nak pindah terus je!' Huhu.. Naseb ar banyak lebih kilos masa check-in. Boleh shopping banyak.. Lepas tu, trus pegi sembahyang and pergi check-in orang pulak. Tak tunggu lama sangat sebelum boarding. Flight ok...tak de la cam terhuyung hayang.

Masa dalam airplane tuh, sebelah seat aku nih ada 2 orang budakumor dalam 4-7 tahun dengan mama diaorang. Masa tengah nak naik tuh, budak laki tu tutup telinga and nampak takut sesangat. Kiut je nampak. Banyak jugak cakap ngan bebudak tuh sebab boring gila duk dalam kapal terbang.

Tiba Langkawi dalam pukul 9 lebih gak. Sampai kondo yang sewa tu around 10 gak. Bukan nak cakap tapi kebenaran, buruk ar kondo tu. Nama Kondo Istana tapi hampeh. Bilik tuh sampai orang yang sewa before kiteorang masih ade lagi. Hampeh gila lar. Naseb baik parents aku gi survey otel lain. Esoknya kiteorang bla dari istana tu gi dok kat Kampung Tok Senik. This place is waaaaaaaaaaaaayy much better la.

Petang tu, gi jejalan kat Zone. Saje je jalan tengok ada ape. Bli coklat sikit pastu gi bli laksa power. sedap wei. Then balik otel.

Hari seterusnya, gi jalan kat eagle square (tak de mende pun!) pastu gi mall. Tengah hari balik hotel dan makan n rehat. Next day pun sama gak, kecuali kiteorang gi makam mahsuri dan mardi. Then sama gak, gi naik cable car. Best. cam gi balik kat London. Nyaman gila ar. Esok gi naik bot gi round pulau2 kat Langkawi. Best gak naik bot. Laju jer~ Before balik, kiteorang gi masuk Underwater world. Ok la...tak ada la best sangat. Tiket mahal weii...

Lepas underwater world, gi shopping coklat buat kali terakhir sebelum balik esoknya. Malam tu sebok gila lar paking beberang. Banyak sesungguh...huhu. Pepagi agi dah bangun and bersedia nak balik, tapi rasa cam belum puas dok langkawi. Barang penuh satu Serena. So, aku, adek aku n ayah aku je naik serena, yang lain naik keta orang yg menyewakan serena kat kiteorang.


Akceli, banyak mende sebenarnya kat langkawi ni. Tapi aku malas nak tulis. so kalau nak baca yang full version, pegi kat blog mak aku. kat situ ada full version. hehe

Chiow dlu.