Friday, June 20, 2008

weekend!

Yes! Weekend finally arrived! But sadly, I only have a day off while the other one was stole by the government since they want we to have an extra class!

Pagi ni, ada sesuatu perkara yang teramat 'bagus' untuk memulakan cuti hujung minggu. Adek kecik yang tidur sebelah diriku telah membocorkan pampers nya dan tau2 aja la ape yang jadik lepas tu. Habis basah satu katil! Yussoooff!!! Puas nak bersihkan katil nih!

Huh! Takpe la. Bukan selalu pun adek kecik tu tidur kat sini...Sebab dia tinggal kat KL tapi dah jadi adek sesusuan. Well, jaga budak kecik tu memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi. Banyak jugak karenah dia. Nak tengok power rangers la, nak mummy la, nak susulah and macam-macam lagi.

Pas siap-siap mandikan si kecik tuh and cuci baju dia, barulah turun. Ade ubi rebus kat bawah. Usop makan ubi tu banyak jugak. Tak sangka budak bandar ni makan ubi... Hehehe. Amik cikit ubi tuh sebab nak makan kuetiau goreng. Sedapnya...favourite lagi!

Kat sejam lebih jugak duduk kat bawah. Tolong pack-kan makanan Usop sebab dia and bibik nak balik KL hari ni dengan bas. So around pukul 9.30 lebih tadi, parents dah nak bertolak ke Kuantan sekali hangkut si kenit tu dengan bibik dia. But then, aku terbau sesuatu yang kureeeng menyenangkan. Bau busuk yang datang dari pampers Usop.

"Weih Usop. Meh tengok jap!" aku panggil. Budak tu dengar je terus lari. 'Sah mesti dia ber@k ni!' aku bermonolog sendirian... Eh ayat novel lak!

Pastu bapak aku kejar si kenit tuh and hangkut dia pergi toilet nak bersihkan faeces Usop tuh. Tapi bila masuk je toilet tu, abah aku mintak aku basuh lak. Pulak doh! But aku jarang ada problem kalo basuh adek-adek ni. Dah biasa. Tapi hari ni kes lain sikit.

Si kenit tu kene sakit perut kot? Banyak gila! Penuh pampers tuh. Bau dia taksoh cakap la.. Wangi yang teramat sangat. Fuh, nak termuntah rasanya. Terus keluar dari toilet tuh. Kata kat usop, "awak tunggu jap tau. Along nak muntah dah nih!" and terus keluar. Mintak tolong bibik amik alih.

Dua minit lepas tuh, bibik keluar dengan usop yang dah siap cuci. "Along, usopnya juga mau muntah bau 't@!k nya!" aku gelak dengar... Ceh, bau faeces sendiri pun nak muntah ke? Apa la usop ni!

Lepas diaorang pergi tuh, aku continued buat kerja-kerja rumah dengan wan. Pastu naik baca buku cerita, Dalam Kehadiran Sofiah. Best cerita tu tapi sedeh ar sikit sebab pasal budak yang macam down syndrome. Then kemas bilik sampai la petang.

Ok ar. Sampai sini je. Nak gi buat homework sikit (cam kureng rajin je rasa) pastu esok ade kelas pulak! Malasnya!!

Ja-ne!

Thursday, June 12, 2008

Tugasan yang bernama Kerja Kursus...

Lamanya tak update blog! Uh... Busy da... Macam-macam perkara yang telah membuat diriku busy (walaupun baru ni dua minggu cuti sekolah...)

Ok, hari ni diriku nak bercerita tentang sesuatu yang diberi nama oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) Kerja Kursus... Kerja kursus ini terdaaappaattt terlalu banyak jenis. Contoh adalah seperti dibawah...:-
  • Kerja Kursus Geografi Tempatan
  • Kerja Kursus Sejarah
  • Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Pendidikan Agama Islam (Nama dia apa ke haritu...Lupe da)
  • Bahasa Arab Komunikasi (Kena hafal 'n' buat ujian... Apa punya jenis ni?)
Itu adalah merupakan bilangan kerja kursus yang terdapat di sekolah diriku. Yup, ada 5 jenis kerja kursus. Kerja Kursus merupakan sejenis tugasan yang pihak LPM me-WAJIB-kan kesemua pelajar untuk melakukannya. Sape-sape yang tak buat, alamatnya PMR nanti markah sikit la (untuk Geo, Sej & KHB). Kalau untuk PAI pulak, markah kerja tu boleh influence kan result markah kita nanti (ustazah cakap... :D)

So sekarang ni mari bercerita tentang Kerja Kursus Geografi Tempatan atau nama singkatnya, KGT.

Disebabkan cikgu kelas diriku ni telah memberikan explanations yang cukup sempurna untuk KGT ni, kita orang telah menganggap kerja ini terlalu senang dan boleh di siapkan dalam masa yang cukup la singkat.

Tup tap tup tap, masa yang diberikan telah tamat. Sila hantar hasil kerja kursus kamu selewat-lewatnya hari Khamis ni!

Adoi! Sudah... Naseb la yang first 5 aspek tuh semua dah siap. Tinggal lagi 2 and 1/5 lagi to go. Buat pukul 10.30 pm until 12.30 am dengan kawan-kawan yang on (diaorang pun tengah buat bende sama la!) Pastu sambung balek pukul 5.30 pagi. Then pergi sekolah.

Kat sekolah bukannya boleh rehat-rehat. Sambung balek kerja kursus. Ada peta yang tak cukuplah, tak buat mata angin and macam-macam lagi masalah. Kelakar sangat rasa mase semue orang tengah bertungkus-lumus siapkan KGT tadi. Semua orang gelabah sebab cikgu cakap kalau tak hantar hari ni, markah cikgu potong separuh and beritahu parents.

Dekat pukul 12.30 pm tadi baru la semua orang siap. Lepas siap tu, semua boleh gelak kata 'syok la buat kerja last minute!'. Bagi diriku sememangnya seronok buat kerja last minute same-same. Sebab rasa cam cabaran la walaupun tak sepatutnya buat camtu.

Ok la, rasa sampai sini je la... Memandangkan tadi tidur 5 jam jer and tenaga dah habis sebab struggled dengan KGT tadi, diriku memerlukan tidur yang mencukupi (naseb esok weekend!)

Bah-bai