Tuesday, December 23, 2008

Komputer ku sayang kena virus!

Wawa.. Sedey gila rasa!! Komputer HP yang baru beli awal tahun tu kene virus power gila!! Habis crash~!! Sedey woo... Segale-gale maklumat, kerja2 and personal stuff dalam tu rosak!!

Ni semua pasal virus dari pendrive kazen aku. Banyak gila virus dan aku terlupa nak scan sebelum bukak pendrive dia. Gila!! Nyesal gila rasa!!

Virus dia ntah jenis ape. Dari ade 5GB space tinggal 12mb je tinggal space. Pastu terus kiok~!!! damn!!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Cuti-cuti sekolah

Erk... lamenya tak update. Blog yang lagi satu pun dah lama tergendala, tak update update pun. Tak de mase? Alasan aku yang paling biase. Haha

Hurm... aku dah lama tak balik rumah. Pergi cuti-cuti sekolah. Aku balik kampung kat JB pastu pergi KL 1 malam then pergi Langkawi. Fuhhh... Memang cuti sakan nih. Aku baru balik umah lepas hampir 2 minggu lebih la away.

Memula balik Johor. Ni memang aku tak rancang pun nak gi. Kira, percutian mengejut la. Sebabnya, memula aunty aku ni rancang nak cuti2 kat sini tapi bapak mertua dia sakit, so tpakse la balik Johor. Aku and adik aku pun join sekali la. Hehe...Rumah bapak mertua makcik aku ni dekat gak dengan umah nenek aku, so aku stay la kat rumah nenek aku. Dekat seminggu gak cuti kat Johor.

Masa cuti kat Johor, aku buat banyak gak benda. First skali, kalau balik Johor ni, aku mesti main dengan 2 orang kazen aku (dlu sorang je, tapi dia dah ada adek), Alan n Aman. Seronok main dengan Alan sebab dia boleh dikatakan paling rapat dengan aku la. Masa kat Johor, aku sempat tengok wayang cite Madagascar 2 dengan bbudak n makcik aku, pastu pergi jejalan kat Tebrau City and gi jejalan kat shopping mall ape ntah. Seronok tu tak de la sangat tapi boleh la menghilangkan boring sebab terperuk dalam umah je. Hehe.

Then, lepas 4 / 5 hari kat Johor, aku turun KL ngan grandparents aku. Kiteorang nak gi Langkawi sesama ngan parents and adek2 aku yg lain. Malam tu, aku stay kat umah makcik aku, parents aku lak stay kat umah Putramas II (hey, ada jugak umah kat KL ghupenya). Esok, pepagi dah gi kat umah putramas, repack segala macam barang yg nak bawak gi. Around 4, kiteorang bertolak gi Sepang. Fuih... lama seh. Kat 2 jam baru sampai airport. Penat seehhhh...

Bile dah kuarkan segala macam beg2 dari dalam keta, baru sedar, 'mak aiiihhh... banyak gila beg. Cam nak pindah terus je!' Huhu.. Naseb ar banyak lebih kilos masa check-in. Boleh shopping banyak.. Lepas tu, trus pegi sembahyang and pergi check-in orang pulak. Tak tunggu lama sangat sebelum boarding. Flight ok...tak de la cam terhuyung hayang.

Masa dalam airplane tuh, sebelah seat aku nih ada 2 orang budakumor dalam 4-7 tahun dengan mama diaorang. Masa tengah nak naik tuh, budak laki tu tutup telinga and nampak takut sesangat. Kiut je nampak. Banyak jugak cakap ngan bebudak tuh sebab boring gila duk dalam kapal terbang.

Tiba Langkawi dalam pukul 9 lebih gak. Sampai kondo yang sewa tu around 10 gak. Bukan nak cakap tapi kebenaran, buruk ar kondo tu. Nama Kondo Istana tapi hampeh. Bilik tuh sampai orang yang sewa before kiteorang masih ade lagi. Hampeh gila lar. Naseb baik parents aku gi survey otel lain. Esoknya kiteorang bla dari istana tu gi dok kat Kampung Tok Senik. This place is waaaaaaaaaaaaayy much better la.

Petang tu, gi jejalan kat Zone. Saje je jalan tengok ada ape. Bli coklat sikit pastu gi bli laksa power. sedap wei. Then balik otel.

Hari seterusnya, gi jalan kat eagle square (tak de mende pun!) pastu gi mall. Tengah hari balik hotel dan makan n rehat. Next day pun sama gak, kecuali kiteorang gi makam mahsuri dan mardi. Then sama gak, gi naik cable car. Best. cam gi balik kat London. Nyaman gila ar. Esok gi naik bot gi round pulau2 kat Langkawi. Best gak naik bot. Laju jer~ Before balik, kiteorang gi masuk Underwater world. Ok la...tak ada la best sangat. Tiket mahal weii...

Lepas underwater world, gi shopping coklat buat kali terakhir sebelum balik esoknya. Malam tu sebok gila lar paking beberang. Banyak sesungguh...huhu. Pepagi agi dah bangun and bersedia nak balik, tapi rasa cam belum puas dok langkawi. Barang penuh satu Serena. So, aku, adek aku n ayah aku je naik serena, yang lain naik keta orang yg menyewakan serena kat kiteorang.


Akceli, banyak mende sebenarnya kat langkawi ni. Tapi aku malas nak tulis. so kalau nak baca yang full version, pegi kat blog mak aku. kat situ ada full version. hehe

Chiow dlu.

Saturday, November 8, 2008

Sebulan telah berlalu...

blogger-emoticon.blogspot.com
Rasa2 nya dah dekat 1 bulan exam habis. Banyak masa tu untuk aku update tapi malas. Lagipun internet kat rumah ni dah tak boleh pakai walaupun direct. So, terpaksa ar pakai modem kecik yg celcom tuh tu... Susahnye nak carik 3G dalam bilik aku nih.

So, this time aku nak tulis pasal ape yg aku buat sepanjang 1 bulan lepas PMR habis. Mostly, tak de mende sangat pun. Kalau kat sekolah tuh, tak tau nak buat apa. Nak dok dalam kelas, kelas tak de dah untuk bdak2 form 3. So, merata-ratalah budak2 form 3. Aku pulak dok dalam bilik SPBT dengan ahli2 SPBT and some other kids. Tolong settle-kan buku-buku form 3 and form 2, minggu ni la (tapi orang lain yang buat!)

2nd week or so, lepas abis PMR...

Cikgu mintak aku buat power point and carik bahan2 untuk IPTC kat KLCC bulan Disember tu nanti. Arghha~ baru ingat tak nak datang sekolah. Tsk... Nampaknya, rancangan aku untuk ponteng sekolah tuh tak boleh dilaksanakan lah... Ish...

Well, nak buat camne? IPTC ni convention pasal minyak (erk? yeke?) international punya... Sijil dia mesti best $-$. haha. Tapi yang tak best pasal IPTC ni yelah, kene buat pasal alternative energy. Ok lagi. Yang geramnya yelah, lepas aku dah puas carik maklumat pasal bio-fuel, tak pasal2 kene tuka jadi bio-mass. Nasib lagi bende ni tak ade la jauh sangat beza dia. But still rasa geram semacam.

Skang ni, dah confirmed nak buat pasal biomass (COW DUNG!!) haha.

Kay, nak kecik buat essay pasal COW DUNG tu lak.

Friday, October 17, 2008

YESH!! MERDEKA~!!

blogger-emoticon.blogspot.comYes!! blogger-emoticon.blogspot.comYes!! dan Yes!! sekali lagi. Finally! PMR dah habis hari ni. Lega nye rasa...



p/s: tarikh post ni betul. tapi kalau ikutkan hari dan waktu aku tekan butang PUBLISH POST adalah selepas hampir 3 minggu exam tamat...

tak de masa? penipu sangat! haha

Sunday, October 12, 2008

PMR ESOK!!!

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Good luck to all PMR 2008 candidates!

Monday, September 22, 2008

Things that I'm currently craving for...

Curik masa jap nak update blog... Hehe

Semenjak dua menjak ni, aku teringin sangat memiliki beberapa barang dan buku. Kalau buku tuh sememangnya dah jadik kawan aku...

Antara barang aku teringin sangat :-blogger-emoticon.blogspot.com

  • Nintendo DS (Black/Blue!) - Lama dah nak ni. Sejak beberapa bulan yang lepas! Ehek. Ntah sejak bila ter-addict-ed dengan video games.
  • Alex Rider's & The Power of 5's story books <>
  • CHERUB- a division of MI6- <-- lagi satu buku pasal kids jadik spy. Best~
  • A brand new, extra large space external hard drive. 5 hard drive kat rumah aku ni semua dah tinggal beberapa gigs je... mana cukup. Paling kurang nak lagi 10 tetrabytes!
  • Robin Cook's medical thriller!! Ni... best baca tapi harga blogger-emoticon.blogspot.com menakutkan....
  • Beg sekolah baru.... Haha. Beg yg tengah pakai ni dah uzur gila strap. Buku manyak berat..
  • Selipar baru kot? Untuk raya...
  • Oh yang wajib nya, aku nak 7 or 8 As untuk PMR aku!
Nintendo-DS Lite (Black)




Probably nih jer kot barang yang aku rasa aku nak...
blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

PMR

blogger-emoticon.blogspot.com

Lepas aku kira2, PME tinggal 29 hari je lagi. Less dari sebulan!! blogger-emoticon.blogspot.com GAAh~ Aku tak study lagi ni and tak sedia agi nak amik PMR!!
blogger-emoticon.blogspot.com So this probably be the last entry until aku habis PMR. Nak concentrate on 8 subjects!!

Thursday, September 11, 2008

Dalam Ke-Bengang-an yang teramat!

blogger-emoticon.blogspot.com
Hari kelas habis awal sikit sebab cikgu GEO takde. Best gak boleh balik awal, lagi-lagi mase bulan puase nih. Dah la cuaca kat Kerteh ni panas memanjang...

Well, hari ni sekolah macam biasa. Perhimpunan, sekali lagi, dibatalkan. Maybe sebab budak form 5 exam kot ari nih? ntah ar... Pagi tadi everything okey jer x-cept masa arab. Ustazh aku beritahu yang kiteorang kene pergi kem. Urgh!blogger-emoticon.blogspot.com Dalam bulan puase pun kene gi kem? Tak ske nye!! So, aku decide tak nak pergi. Lagipun tempat kem tuh jauh and sakit mata aku ni macam dah datang balik jer. Bahaya kalau aku kene attack masa kat kem nanti. Sebab kalau mata aku ni sakit balik, aku kene terus pergi jumpe doctor mata kat Kuantan tuh. Rantau Abang gie Kuantan jauh tuuu...

Skip topic kem ni pleaseblogger-emoticon.blogspot.com (aku sememangnya tak suka pergi KEM!!). Okay, lepas tau pasal kem tuh, aku macam bengang jer sepanjang hari. Kenape? Ntah aku pun tak tau. Rasa cam nak marah orang jer. Dah la kelas tuh bising macam zoo masa rehat tadi. Nak studi pun macam terganggu jer. Lepas recess, kiteorang masuk library. Masa sejarah dalam library. Best sikit.

Time sejarah, buat latihan jer. Ok la... Latihan sejarah tak ade lah susah sangat tapi aku buat soalan tuh semue dalam keadaan ke-bengang-an yang teramat. Haha. Tapi naseb ade musix boleh dengar. Lagu ntah apa2 tapi rancak yang buatkan mood aku datang balik setelah jauh terbang.

Since hari ni aku punya kelas habis awal, aku sampai rumah lebih kurang pukul 2.30. Sampai rumah terbongkang atas katil. Nasib la dah sembahyang zohor kat sekolah tadi. Sambil2 baring tu aku layan buku cerita Robin Cook- COMA. Best gak (medical thriller punya buku). Baru baca sikit. Tak berani nak baca bebanyak. Nanti ter-addicted bahaya lak. Pastu aku layan PRISON BREAK season 4 dengan Tokusatsu jap. Best~ Lega sikit rasa.

Then, tunggu waktu berbuka, aku buat French Onion Soup. Adek aku kata sedap tapi aku rasa macam terlebih bawang jer. Hehe. Tak per. Bawang tuh banyak antibioticblogger-emoticon.blogspot.com. Hehe.

Ok lar. I think I'll stop here since I have to scan some funny papers for my mom and maybe study a bit!blogger-emoticon.blogspot.com

blogger-emoticon.blogspot.com

Current Song: Against All Odds - Phil Collins
Current Mood: blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, August 31, 2008

yes! Esok Puasa!!

Dengan rasminya, besok start la bulan ramadhan. ye! puasa!!

urh.. Lepas puasa raya kan? Lepas raya PMR kan?? o0!!! Tidaaaaaaaaaaaakkk

Wednesday, August 27, 2008

PKR vs UMNO / Hijau vs Biru?

Hahaha. Tu yang aku buat lepas aku baca balik title yang aku tulis tuh. Kenape? Sebab macam tak patut je. Yelah, aku masih lagi remaja and belum boleh lagi pun nak mengundi, tapi dah tahu pasal politik nih. Apsal? Aaa... Ni effect daripada kawan2 aku kat sekolah tuh.

Ada lah 2 orang kawan aku ni minat sangat politik. Diaorang nih sepupu. Bagus sangat la tuh. Tanya ajelah pasal politik skang nih, diaorang boleh jawab. Aku tau sikit2 jer. Tu pun dengar citer dari orang. For me, aku tak kisah sangat pasal politik nih cuma... ntah ar. Nak cakap pun malas. Because mende2 nih tak ade kene ngena dengan aku pun.

Paling best tadi kat sekolah, kawan aku yang minat politik nih dok tanye, "Ijau ke biru?" hampir kat semua students kelas aku. Majoriti pilih warna midori. O0... ramai jugak peminat bulan rupa2nya. Aku? Ntah ar... No comment!

well, ni jer aku nak post? Haha... Baek aku layan Koike Teppei ngan Wentz Eiji daripada layan politik negara yang makin ntah ape2 nih!

Saturday, August 16, 2008

Kem Elite lagi~ and things-to-do mase cuti

Rasa2nya, last yang aku post pasal KEM ELITE kan? dah sebulah dah kem tuh berlalu dan dalam mase sebulan tuh jugak la ada lagi 2 kem. Kem Tutuorial PMR peringkat daerah Kemaman fasa I dan fasa II (fasa dua baru habis tadi tengah hari). Nak update minggu lepas pulak rasa cam tak ade masa. Last week, exam trial PMR. Huh... Rasa2 macam bongok jerk. Tapi yang aku tau, result arab aku tidak akan memberangsangkan sebab aku tak paham satu habok pun.

Cuma satu jer aku bengang masa minggu trial tuh. Ntah camne, kem yang sepatutnye hari jumaat, dicepatkan jadi hari khamis. Hadus! Hancur la. Mane tak nye exam semue diaorang terpkase cepatkan. Arab jadik hari selasa (original hari rabu), science pun sama cepat kan jadi hari rabu. Penat la ngadap buku haritu (padahal tak ngadap sangat. hehehe).

Lepas habis jer last paper (KHB-Kemahiran Teknikal), kiteorang bla and pergi makan. Lepas tu, tunggu bas sambil lepak2 and makan2. Kiteorang tiba kat SMK Mak Lagam (TESMAL) lebih kurang dekat pukul 12 gitu2 lah. Aku tolong semue register and kiteorang gi makan. Then, ade taklimat sebelum masuk kelas.

First kelas, subjek BM. Aku dapat cikgu sekolah sendirik, Cg. Zawahi. Okey jugak. Tak ade lah ngantok sangat. Hehehe. Malam tuh subjek sejarah. Ngantok -_".... sepanjang subjek tuh aku banyak meng-zZzZzZ...

Next day pun lebih kureng jer. Tapi aku memang tak suke cikgu sekolah g***** yang sorang nih. Kerek! Mentang2 baru pindah dari KL. Speaking cam sorang cikgu kat sekolah aku. Style lipat tudung pun cam pelik jer (students sekolah tuh pun style tudung cam cikgu dieorang...). Lepas habis kesengsaraan English ngan cikgu tuh, kiteorang kelas Geo lak. Urm...overall cam best je. Petang and malam subjek mathematics. Hujan pulak turun malam tuh. Sejuk semacam jer kat dalam kelas. Dah la duk bawah kipas and sekolah ni pulak di kelilingi oleh hutan yang membuatkan suhu bagaikan turun dengan mendadak. Hahaha...

Besok pagi, subjek Science. Dengan cikgu sekolah aku lagi, cg Fairo. Memule best...lame2 aku pun mula la ZzZzZzZ... Pastu cikgu Fairo banyak bagi soalan2 yang pelik2. Puas nak jawab. tricky jer rasa. Then science sekali lagi, tp cikgu sekolah lain. Halamak! CIkgu nih orang terengganu gaknye. Speaking dia ade unsur2 ke-terengganu-an la. Tapi tak ada le seteruk cikgu sekolah aku. Hahaha...

Lepas tuh, BALIK rumah! Kawan aku lak dok bebel kat aku kata ada budak sekolah mane ntah dok ngutuk sekolah rantau. Depan2 and kuat2 lak tuh. Cam nak suruh satu dunia dengar. Macam la sekolah dieorang tuh o.k sangat nak kutuk-kutuk sekolah orang. Kiteorang tak ade kacau korang pun. So jangan ler kutuk kiteorang! Benci gak aku dengar. Rasa nak cilikan ajer mulut orang yang kutuk sekolah aku tuh!

So, since school dah start cuti, aku sedang pikir2 nak buat ape yek? Ada cadangan?

  • > Aku nak study lar. Bukak sk ade exam\
  • > Aku rasa nak tulis fanfiction balek lepas lama ditinggalkan. Tapi cam tak ada masa
  • >Aku nak tidor sepuas-puas hati!
  • >Aku nak dengar lagu!!!
  • >Aku nak kacau adek2 aku puas-puas. Sakat adek! Yeah! #1 favourite aku tuh

Setakat ni, tuh jer kot?



Kay- Bye!

futnot: Aku rindu kat Usop tonggi and Aman hensem and Abang dia ( Alan macam mat salleh sikit)!

Monday, July 21, 2008

Kem Elite

Macam biasa lah, busy sangat. Hari ni baru ada chance nak tulis!

10 orang yang wakil sekolah aku ni ada 6 orang yang pergi camping termasuk aku. Yang lagi 4 orang tuh tak pergi camping sebab takut penat and sorang tu tinggal kat Kijal. Jauh jugak dari sekolah kiteorang nih. So, aku bla dari camping site dekat2 pukol satu. Mase tuh baru habis masak. Ada yang dah bla pukul 10 lebih lagi sebab dia punya acara habis awal. Aku lak memasak. So terpaksa la stay lama sikit.

Balek tuh pack baju, makan sikit pastu mandi. Masa tu rasa penatnya tak terhingga. Rasa nak baring and terus tidor jer. Tapi kang takot cikgu marah pulak, terpaksa la memaksa diri untuk pergi kem. Aku sampai kat sekolah BAS (Badrul Alam Shah) dekat pukul 2.30. Kengkawan aku yang lain dah sampai except Elisa. Lepas aku register baru dia sampai. Dia kata dia terlepas SMKBAS ni sebab tu lambat. O0.

Lepas register tuh kiteorang terus masuk kelas. Budak2 perempuan sekolah aku semue masuk kelas ke 2 except Affni sebab nama dia atas sekali so terpaksa ar masuk kat kumpulan 1. Kesian dia. Masa belajar tuh, (subjek math) aku punye badan panas semacam jer. Rasa cam nak terbakar. Penat sangat kot? Buat math cam sewel jer sebab tak boleh nak focus. Penat sangat kot lagi.

Then, kteorang bawak barang masuk dorm lepas math tuh. Aku punya barang berat sikit sebab aku bawak air 3 litres. Settle barang dalam dorm, kiteorang minum petang jap kat dewan makan dia. Makanan ok. Naseb baik kelas malam tu start pukul 8.00. Kiteorang rehat la dulu. Penat ya amat. O ye, aku satu dorm dengan Elin and Affni. Elisa pulak dengan Yasmin and Izzah. Tapi Elisa and Min lepak kat dorm kiteorang Affni lak gi kat Izzah.

Malam tuh, malam paling sewel ar bagi aku. Sebab kiteorang lawan mengantuk, sakit tekak and penat yang teramat-amat masa buat mathematics. Ya Allah. Punya la ngantok and penat. Untuk menghilangkan ngantuk tuh kiteorang makan biskut tiger. Tapi still macam orang mabuk. Haha.

Esok paginya, pukul 5.30 dah jaga. Tapi malas gile nak pergi mandi. Orang laen semue dah mandi kecuali aku, elin and elisa. Elisa kene demam pagi tuh so dia sambung tidor balek. Aku lak batu, selsema tak ilang2 lagi mase tuh. Demam dah kebah jugak. Aku call ustazah kata elisa demam and dia kata nak balek. Ustazah kata ok. Pastu, dieorang sambung tidor balek. Aku lak pergi mandi. Air sejuk sangat tapi best jugak la sebab badan rasa cam panas sikit. Lepas aku siap mandi, barulah diaorang masuk bilik air and mandi.

Kteorang gi kelas lagi. Kali ni terlambat sikit. Masa kat kelas tu belajar sejarah. Cikgu laki tuh nampak garang and dia duduk depan aku. Takut pulak rasa nak ngantuk depan dia. Naseb baeklah ada orang lawan bola sepak kat padang. Aku layan orang main bola sepak tuh lepas kerje yang dia bagi tuh siap. Lepas sejarah, kelas geo pulak. Cikgu perempuan cina. Garang jugak tapi ok gak lah. Aku ngantok gile mase tuh. Dah la tak ada gula2, ade lozenges jer. Terpakse ar tahan.

Lepas tuh, kiteorang balek dorm, sembahyang and makan tengah hari. Then masuk kelas balek belajar Science. Masa ni aku memang betul2 dah tak tahan. Aku tidor mase cikgu tuh ngajar. Masa dia ke belakang aku tido ar, bile dia datang depan balek aku buat2 macam tengah jawab soalan. Tapi yang kelakarnya, masa dia ajar transformer tu aku ngantok ar and hampir tertidor. Tapi aku boleh jawab soalan dalam ketas yang dia bagi walaupun mata aku dah tertutup. Cam pelik jer.

Malam tuh, Elisa punya demam datang balek (dia tak jadi balek). Dia tidur je. Aku, Min and Elin dok buat 100 soalan science yang dia bagi. Naseb la malam ni dah tak segila semalam. Everything went ok jer malam tu sebab badan dah okey sikit.

Esok, the last day tuh, belajar English. Memule ingat nak Sir Raja (cikgu sekolah kiteorang) tapi dapat cikgu sekolah lain. OK jugak belajar ngan dia. Seronok tak mengantuk langsung and kiteorang paling semangat buat English. Hehe. Dia suruh buat short story (ikot sekolah, dlm group), and kiteorang tulis lar pasal Camping and Kem ni. Dia kata bagus sangat kiteorang nye grammar (ye la ade CAPD, mesti la ok!).

HAbis je kelas English tuh kiteorang balek dorm, kemas beg. Tunggu sekejap dengar ucapan dari ADUN kemasik then balek. Fuh~! Penat seh. Tapi seronok jugak lepas pikir2 balek. Yela, bukan semue students dapat pergi. NI next week ada lagi kem dekat sekolah mak lagam.

K-bye~ Ja-nee

p/s: Gambar nanti la bile ada masa nak upload kat Flickr. Hehehe :D

Sunday, July 13, 2008

Camping 2008

Busynya miggu lepas. Penat tak payah cakap la. Sampai kena batuk, demam and selsema. Pakej lengkap!



Memandangkan last week merupakan minggu camping (camping hari Rabu and Khamis lepas), semua orang busy sesangat lah. Dalam bilik guru tu penuh dengan hadiah, barang-barang untuk camping. Pastu, semua unit ada bilik dieorang sendirik. Kalau kadet polis tempat dalam bilik SAL, KRS depan makmal, Puteri Islam dalam bilik SPBT.

Aku entah camne kene masuk memasak. Mentang-mentang la yang ketua memasak tu kawan aku, dia masuk kan nama aku. Memula nak amik kawad kaki, tapi tak dapat. Tu tak pe lagi, aku terpaksa pulak masuk aspirasi seni. Ha?? Naik stage? mengeletar lutut aku.

Disebabkan aku terpaksa masuk aspirasi seni, so aku kerap la berlatih dengan budak2 lain dalam bilik SAL. Aku hanyalah watak sampingan jer. Latihan dalam bilik SAL tu memang syok la. Daripada cerita sedey tukar jadi cerita kelakar pulak. Memang asyik gelak je mase buat latihan. Tak serious langsung. Budak2 kadet memang camtu jarang sekali serious kecuali mase kawad (sirius sikit jer).

Camping kiteorang start pukul 2 petang Rabu tu. Komander camping kali ni cikgu baru. Tak seronok sangat dia ni jadik komander. Serious gile and cam annoying cikit. Ada ke mase baru jer start perhimpunan tuh dia suruh lari pergi hujung padang dari satu hujung. Geram jugak aku. well... biar aje lah.

Siang tu lepak dalam tent jer. Aku masih sakit tekak lagi and camne ntah suara jap ada jap tak ade. Macam chips more jer. Sambil lepak-lepak tuh, ada le dua orang kawan aku nih sempat buat chicken dance. Nanti aku upload kat youtube and link kat sini. Malas nak upload sekarang nih.

Petang tuh, kteorang mandi cepat2 and pergi makan. Lepas makan, tunggu budak2 siap sembahyang aku layan anak-anak cikgu Roznee (cikgu math aku). Budak-budak nih memang tak boleh nampak aku. Semue terus mengekor. Kiteorang memanf rapat sikit. Siap bergambar-gambar lagi dekat kem kadet polis. Aku, Mira, Affni dan anak-anak cikgu Roznee (Hamizah, Izzati dengan sorang lagi. Lupe dah).

Lepas orang habis sembahyang maghrib dan isyak, diaorang suruh tuka baju. Aku terpaksa la pakai baju unit sebab jap agi nak jadi polis. Sikit punye mengeletar bile dok belakang stage tuh. Kiteorang last tapi still berdebar-debar jer rasa. takut yang teramat sangat.

Bila tiba time kiteorang, aku memang dah kecut tersangat-sangat ah. Tup tap tup tap, siap persembahan. Tak jadik sangat sebab watak utama tergelak masa nak buang anak tuh and suare aku tak keluar sangat sebab tekak rasa perit semacam ajer. Biarlah janji happy dah la.

Esoknye, aku kene batuk teruk sangat. Pagi tuh macam nak demam aje. Telan panadol and makan lozenges banyak2. Aku tak breakfast pun sebab tak selera. Pastu tibe la time masak. Daripada pukul 9.30, pukul 10 baru start. Aku dah la kene balek awal sebab nak gi kem. Tapi masak jer ar.

Masa tengah masak tuh, geng2 masak ni sempat gaduh lagi. Yela cam bodoh jer. Gaduh depan judges pulak tuh. Masak pulak bende yang tak penah masak sebelum nih. Masak chicken chop version cikgu rosman (cikgu utk kadet polis). Puas call nak tanye jadik ke tak sos yang kteorang buat. Hampeh. Sampai habis pertandingan tak muncul2. Kawan aku ni buat air fresh orange. Fuh memang sedap gile la. Aku pulak buat pasta oregano. Sedap jugak. Cikgu mintak resepi, aku tak nak bagi. Marah cikgu tuh. Namun disebabkan aku baek, aku kasik ar.

Kay ar, esok2 lak cite pasal kem. Gambar tunggu aku upload kat flickr dlu. Nanti baru letak kat sini. BTW, masakan kiteorang dapat no 3. Aspirasi seni pulak dengar cerite kene tendang sebab ada unsur negatif (masa part kat disko). Tapi kan, tak ade pun termaktub dalam peraturan aspirasi seni tu pun. Biarlah.

bye. sile tinggalkan review yek!

Wednesday, July 2, 2008

Dilemma Kem and Camping

Lamanye rasa tak update blog. Tak de masa sangat la. Macam busy jer rasa walaupun sebenarnya tak ade lah busy mana.

Baru-baru ni, kitaorang telah di beritahu oleh ustazah yang uruskan budak-budak PMR. Katanya, tahun ni tak ada kem-kem PERKASA yang macam dulu-dulu buat. Frust jugak dengar. Sebab memang menantikan kem-kem camtu. Seronok pergi kem PERKASA walaupun buat jauh-jauh and di sekolah sapa2 ntah. Malangnya, tahun ni kerajaan tak ada bajet. Tu la, bazir lagi duit kat Sukma tu... Dengar cite baper juta entah habis nak buat stadium tu semue2.


So, ustazah tu cakap ada kem Elite. 10 orang je lepas nak pergi. memang semua budak 3Ino nak pergi tapi lepas ustazah cakap 10 orang tu, ramai putus harapan. Bayangkan 10 orang daripada 23 orang. Memang yang tahu boleh pergi, budak-budak top lah. Aku ni exam OTI 1 dapat no 21 memang sah tak ley gi. Tapi naseb aku sungguhla baek. Cikgu yang uruskan markah-markah tuh amik avarage markah sejak form 1.


Dengan sungguh bertuahnya, aku dapat masuk antara 10 orang tu. Aku dapat no 9... Teruk dah tu... Kena belajar lagi! Tapi, dalam happy2 tuh, cikgu pulak announced yang camping untuk unit beruniform diadakan pada hari yang sama. Alaa~ aku nak gi camping jugak! Huh! Cikgu cakap kalo nak pergi boleh tapi tak payah stay sampai habis. Kire lepas akunye event, boleh bla. And jangan amik event lepas pukul 2 or dekat2 dengan pukul 2. Sebab kem tu start pukul 2. Duh... Confirm penatnya la!

Disebabkan aku boleh pergi camping and kem, aku ingat nak masuk pertandingan kawad kaki. Favourite aku tuh. Malangnya tak lepas. Komander tak amik aku :( Sedey gak. Terpaksa la masuk masakan. Asyik memasak jer kerje aku. Well.... hehehe.

Memasak.... Ok lagi tuh! Entah camne aku terpaksa masuk aspirasi seni. Eh??? Naik pentas??? Tak nak!! Aku ni ade sikit phobia kalau naik pentas. Tak taw kenape. Tapi memang dari dulu lagi. Cam mengeletar je kaki rasa tiap kali naik pentas. Tapi nak buat camna? Masuk je la. Mana tau lepas ni phobia tuh ilang. Hehehe. Aku masuk pentomim (berlakon takde script. Buat gaya jer). Aku ni tak pernah ber-pentomim, so terpaksa la tengok cane diaorang blakun. O0h. Senang jer. Aku dapat character sebagai seorang Inspector. Bagus2 memandangkan aku ni dah jadik ahli kadet polis. Tak yah mekap-mekap. Yang bestnye, pentomim ni semue yang berjantina wanita. So tak kesah la kalau pegang2 pun. And ade yang terpakse dimekapkan jadik jantan. 0o. Tak saba nak tengok!

Urm, kay ar. Sampai sini je dlu. Aku nak tulis jalan cite pentomim tuh. Hehe...Cam seronok je bagi aku pentomim tu. Hehe...



p/s: Tadi ade ujian lisan arab. Alhamdulillah aku dapat jawab walaupun terlupe 'telaga' dalam arab ape. Pentaksir cakap semue dapat cemerlang. Bagus!

Friday, June 20, 2008

weekend!

Yes! Weekend finally arrived! But sadly, I only have a day off while the other one was stole by the government since they want we to have an extra class!

Pagi ni, ada sesuatu perkara yang teramat 'bagus' untuk memulakan cuti hujung minggu. Adek kecik yang tidur sebelah diriku telah membocorkan pampers nya dan tau2 aja la ape yang jadik lepas tu. Habis basah satu katil! Yussoooff!!! Puas nak bersihkan katil nih!

Huh! Takpe la. Bukan selalu pun adek kecik tu tidur kat sini...Sebab dia tinggal kat KL tapi dah jadi adek sesusuan. Well, jaga budak kecik tu memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi. Banyak jugak karenah dia. Nak tengok power rangers la, nak mummy la, nak susulah and macam-macam lagi.

Pas siap-siap mandikan si kecik tuh and cuci baju dia, barulah turun. Ade ubi rebus kat bawah. Usop makan ubi tu banyak jugak. Tak sangka budak bandar ni makan ubi... Hehehe. Amik cikit ubi tuh sebab nak makan kuetiau goreng. Sedapnya...favourite lagi!

Kat sejam lebih jugak duduk kat bawah. Tolong pack-kan makanan Usop sebab dia and bibik nak balik KL hari ni dengan bas. So around pukul 9.30 lebih tadi, parents dah nak bertolak ke Kuantan sekali hangkut si kenit tu dengan bibik dia. But then, aku terbau sesuatu yang kureeeng menyenangkan. Bau busuk yang datang dari pampers Usop.

"Weih Usop. Meh tengok jap!" aku panggil. Budak tu dengar je terus lari. 'Sah mesti dia ber@k ni!' aku bermonolog sendirian... Eh ayat novel lak!

Pastu bapak aku kejar si kenit tuh and hangkut dia pergi toilet nak bersihkan faeces Usop tuh. Tapi bila masuk je toilet tu, abah aku mintak aku basuh lak. Pulak doh! But aku jarang ada problem kalo basuh adek-adek ni. Dah biasa. Tapi hari ni kes lain sikit.

Si kenit tu kene sakit perut kot? Banyak gila! Penuh pampers tuh. Bau dia taksoh cakap la.. Wangi yang teramat sangat. Fuh, nak termuntah rasanya. Terus keluar dari toilet tuh. Kata kat usop, "awak tunggu jap tau. Along nak muntah dah nih!" and terus keluar. Mintak tolong bibik amik alih.

Dua minit lepas tuh, bibik keluar dengan usop yang dah siap cuci. "Along, usopnya juga mau muntah bau 't@!k nya!" aku gelak dengar... Ceh, bau faeces sendiri pun nak muntah ke? Apa la usop ni!

Lepas diaorang pergi tuh, aku continued buat kerja-kerja rumah dengan wan. Pastu naik baca buku cerita, Dalam Kehadiran Sofiah. Best cerita tu tapi sedeh ar sikit sebab pasal budak yang macam down syndrome. Then kemas bilik sampai la petang.

Ok ar. Sampai sini je. Nak gi buat homework sikit (cam kureng rajin je rasa) pastu esok ade kelas pulak! Malasnya!!

Ja-ne!

Thursday, June 12, 2008

Tugasan yang bernama Kerja Kursus...

Lamanya tak update blog! Uh... Busy da... Macam-macam perkara yang telah membuat diriku busy (walaupun baru ni dua minggu cuti sekolah...)

Ok, hari ni diriku nak bercerita tentang sesuatu yang diberi nama oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) Kerja Kursus... Kerja kursus ini terdaaappaattt terlalu banyak jenis. Contoh adalah seperti dibawah...:-
  • Kerja Kursus Geografi Tempatan
  • Kerja Kursus Sejarah
  • Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Pendidikan Agama Islam (Nama dia apa ke haritu...Lupe da)
  • Bahasa Arab Komunikasi (Kena hafal 'n' buat ujian... Apa punya jenis ni?)
Itu adalah merupakan bilangan kerja kursus yang terdapat di sekolah diriku. Yup, ada 5 jenis kerja kursus. Kerja Kursus merupakan sejenis tugasan yang pihak LPM me-WAJIB-kan kesemua pelajar untuk melakukannya. Sape-sape yang tak buat, alamatnya PMR nanti markah sikit la (untuk Geo, Sej & KHB). Kalau untuk PAI pulak, markah kerja tu boleh influence kan result markah kita nanti (ustazah cakap... :D)

So sekarang ni mari bercerita tentang Kerja Kursus Geografi Tempatan atau nama singkatnya, KGT.

Disebabkan cikgu kelas diriku ni telah memberikan explanations yang cukup sempurna untuk KGT ni, kita orang telah menganggap kerja ini terlalu senang dan boleh di siapkan dalam masa yang cukup la singkat.

Tup tap tup tap, masa yang diberikan telah tamat. Sila hantar hasil kerja kursus kamu selewat-lewatnya hari Khamis ni!

Adoi! Sudah... Naseb la yang first 5 aspek tuh semua dah siap. Tinggal lagi 2 and 1/5 lagi to go. Buat pukul 10.30 pm until 12.30 am dengan kawan-kawan yang on (diaorang pun tengah buat bende sama la!) Pastu sambung balek pukul 5.30 pagi. Then pergi sekolah.

Kat sekolah bukannya boleh rehat-rehat. Sambung balek kerja kursus. Ada peta yang tak cukuplah, tak buat mata angin and macam-macam lagi masalah. Kelakar sangat rasa mase semue orang tengah bertungkus-lumus siapkan KGT tadi. Semua orang gelabah sebab cikgu cakap kalau tak hantar hari ni, markah cikgu potong separuh and beritahu parents.

Dekat pukul 12.30 pm tadi baru la semua orang siap. Lepas siap tu, semua boleh gelak kata 'syok la buat kerja last minute!'. Bagi diriku sememangnya seronok buat kerja last minute same-same. Sebab rasa cam cabaran la walaupun tak sepatutnya buat camtu.

Ok la, rasa sampai sini je la... Memandangkan tadi tidur 5 jam jer and tenaga dah habis sebab struggled dengan KGT tadi, diriku memerlukan tidur yang mencukupi (naseb esok weekend!)

Bah-bai

Friday, May 9, 2008

Masak day

Hari ni penat betul tapi best sebab weekend. Tak payah bangun awal nak pergi sekolah.

Tapi kesian sikit kat aku. Masa tersedar pagi tadi, aku carik phone nak tengok pukul berapa. Takut terlambat bangun. Aku pikir hari ni sekolah dong! Kelakar betul pagi tadi rasa. So disebab kan hari ni tak bersekolah, maka dengan semula jadinya aku keluar bilik pukul 10 pagi. Kira awal lah tuh. Kekadang pukul 11 pun masih malas lagi nak keluar bilik.

Pagi tadi, aku gi sekolah ambik barang-barang yang kawan aku tinggal. Dia lupa nak amik mase dia balek kelas hari khamis semalam. Lepas pick-up barang tuh, aku gi la jemput adek-adek aku yang pergi kelas teakwon-do. Mase kat rumah, aku telah diperintahkan oleh emak aku untuk belajar memasak buttered prawn (yummy!) Tapikan, tak sempat lagi nak belajar, mak aku dah siap masak. Wosh~!! Cepat gila lar. Naseb lah janji dapat menghadap buttered prawns dengan masak asam (lagi sedap!)

Tapi tadi memang aku habiskan masa aku kat dapur (bukan dok menghadap makanan yek!). Petang tadi kene buat dadih sebab kawan mak aku dari arab nak datang. Lepas siap buat dadih tu, aku bancuh satu adun untuk buat chocolate kek. Wan aku mintak sebab hari tu yang aku buat dia tak sempah rasa (adek aku & kawan-kawan mak aku sapu kasi licin). Siap bancuh semua-semua tuh dah pukul lapan. Terpaksa lah lari naik atas, mandi, sembahyang siap-siap. Nak menghadap buku pun tak sempat lagi.

Lepas siap sembahyang and rehat (lebeh kureng 10 minit gitu), kawan mak aku arrived with her family. Anak-anak dia ade 3 orang, 2 perempuan (7 dan 6 tahun) with a baby boy (almost 1). Anak-anak dia kiut! Parents aku berbual and lepas tuh diaorang served the dinner. All of us had two roasted chickens (yang aku buat sama-sama dengan mak aku), a big bowl of Oregano Potatoes (my mom's original recepies), some healthy pasta (the best pasta in the world, better than California Kitchen's) and some Cambell's soup. Yummy. (Disebabkan dinner tadi western, terpaksalah tulis dalam english). For the desserts, we had some chocolate cupcakes and pina-cola-ta (how to spell it again?) a.k.a dadih with some Hersheys Chocolate Syrup. Banyak nya chocolate...

Sekarang nih, aku tengah kepenatan dan ke-ngantuk-an disebabkan rushing masak tadi dan dah lepas my bed-time. Tapi, I'm trying to not fall asleep since I haven't open my sejarah book yet!
Okay la, sampai sini jer rambling aku hari ni mengenai dunia ku yang penuh dengan keceriaan, keseksaan, kehidupan, kehitaman dah segala-gala ke ke yang lain.

Ja-ne...assalamualaikum

Thursday, May 8, 2008

Special Day: Happy Birthday...

Hari memang best la gi sekolah tadi. Knape? sebab tak blajar sangat pun. Yang belajarnya subjek math dengan b. arab.

Kebanyakkan cikgu tadi busy sebab ari sabtu ni ade pertandingan nasyid peringkat negeri datang bertanding kat sekolah. Tapi sayang seribu kali sayang, yang wakil Kemaman bukanlah sekolahku, tetapi SMK Chukai. Nak buat camne? Budak-budak yang masuk nasyid untuk sekolah berlatih last minute. Memang sah-sahlah tak dapat nak wakil.

Tadi mase kat sekolah, aku and seorang rakan ku ini membantu guru-guru untuk melaksanakan tugas mereka yang berlambak-lambak tuh. Di sebabkan aku ni jenis yang suka main komputer dan boleh jugaklah di katakan mahir dengan selok-belok komputer, maka terpaksalah aku membantu cikgu-cikgu yang kureng mahir. Kesian jugak kat cikgu kalau tak tolong, ye tak? Kesian tengok cikgu terkulat-kulat depan skrin... So tolong aje lah, dapat pahala free-free. Siape tak nak?

Puas jugak tolong cikgu. Mane taknye, dari pukul 11.20 sampai lah pukul 2.30. Nasib tak tertinggal bas aje tadi. Kalo tak.... Pikir-pikirlah sendiri. Ape yang aku akan buat agaknya.

Hari ni punya lunch special sikit. Bday mak aku kan hari ni, so dapat lah aku melantak... eh, makan nasi ayam. Memang tak ade la special sangat, tapi entah apa sebabnya, rase nasi ayam arini terlebih sedap dari biasa. Mungkin sebab lapar kot? haha... Biarlah.

Yang paling bestnye hari ni, aku dapat guna komputer HP yang baru. Tablet yang skrin boleh pusing-pusing tuh. Ada touchscreen lagi. Best. Macam PDA. Wa... Mane mak aku dapat yek? Dia kata dapat free, bapak aku cakap bli... Mane satu nak percaye nih? Humm??? Ni aku tulis nih, guna komputer baru tu lah. Syok...

Oklah...aku nak kene study...tapi rase cam malas sesangat. Hari selasa ni dah nak periksa...tapi aku cam tak kesah aje...Ni tak boleh jadi nih... Buku-buku!! Di manakah buku aku?

Monday, May 5, 2008

Kawan

Hari ni sekolah berjalan macam biase-biase je. Everything went just find for me. Well, not everything though.

Mase unit beruniform tadi, punyalah sikit orang datang. Pastu aku dengar cite dari sorang nih. Dia kata ada la dua tiga orang tak datang, balik masa pukul 2 tadi. Aku tanye, kenape? Dia cakap, balik nak study. Wa... orang lain pun nak study jugak. Taw la next week exam. Geram jugak aku dengar. Yelah, orang lain pun exam jugak tapi tak ade la sampai ponteng unit. Nak buat camne kan? Diaorang nak dapat A banyak-banyak. Biarlah diaorang.

Mase balek tadi, aku pergi tunggu bas dengan kawan-kawan aku yang lain. Yang sorang ni kawan aku sejak aku kecik lagi manakala yang seorang ni merupakan bekas jiran aku merangkap kawan aku yang boleh dikatakan rapat la jugak. Pastu mase tengah lepak2 kat atas rumput tuh (dengan cuaca yang amat nyaman) si A ni bukak la mulut. Dia cakap kat aku, dia terasa hati sikit kat kawan dia nih. Kawan si Z nih nama dia D. D nih dulu kawan baik dan rapat dengan Z. Namun sejak akhir2 nih, Z cakap si D nih dah lupakan dia. Yelah, dah ade kawan2 lain, yang lame tinggalkan lah.

Z cakap, dia memang tak puas hati dengan si D. Aku pun perasaan, D n the gang dah berubah semenjak dua menjak nih. Dah tak macam D yang lame. So aku cakap kat Z, biarlah dia. Kite bukan boleh nak buat ape pun. Caye cakap aku nanti die mesti carik kau punye mase dia gaduh dengan gang2 dia tuh. Memang betul pun Z cakap. Sebab dulu penah sekali dua, si D nih gaduh dengan gang dia. D pergi la cari Z. Bila dah baek, Z terus dia tinggalkan. Macam kacang lupekan kulit.

Kawan aku yang seorang ni pun join sama. si N ni cakap, dia pun tak puas hati ngan PK (bukan guru PK) nih. Dia kate, mase PK gadoh dulu dengan kawan dia, PK nih cakap dia tak mau tinggal kan si N nih. Tapi 1/2 jam lepas tuh si PK ni baek dengan kawan dia and sama cam kes Z, terus lupekan si N nih. Kesian kat N sebab mase PK gaduh, punye la N pujuk PK supaye jangan sedeh... Namun apakah yang boleh N buat selain biar kan aje?

Tu lah kawan. Kadang2 kita rasa kita ramai kawan. Tapi sedarkah kita, kadang2 tu kita rasa kesepian, keseorangan yang teramat sangat?

Aku harap sesangat aku tak jadi macam si D dengan PK. Aku nak jadi kawan yang sama2 ketawa dan menangis.