Friday, February 20, 2009

Kem Pengawas '09 Part 1

18th February 2009




Hari rabu... Pagi-pagi lagi dah bangun (bukan tak sabar ye, aku punya tidur terganggu). Mandi, sembahyang, kemas katil and siap kan barang-barang. Pastu turun bawah. Beg baju, beg galas and kasut sudah menunggu. Hari ni pergi kem pengawas di Kem Askar Wataniah Bukit Kuang @ lebih di kenali dengan nama Kem Bukit Kuang.




Masa sampai kat sekolah tu, nampak ramai gak prefects and ketua/penolong kelas dah sampai. Heh... Aku sering lambat ke sekolah lar. Memula tu, suruh semua students beratur macam biasa, dengar ape2 ucapan/pengumuman yang cikgu nak beritahu. Then, lepas perhimpunan pagi tu, teacher and cikgu2 pengawas yang lain suruh kumpul. Nak mintak duit @ borang... Ada lagi yang tak kasi borang rupenya... Then cikgu bagi kita orang pergi kantin untuk breakfast. Aku tak bawak duit or bekal pun... Lepas teman kawan2 aku gi kantin, kitaorang lepak kat padang sementara tunggu bas and tengok students 4 ino main bola jaring. Best jugak tengok diaorang main...bukan sebab terror macam pro, tapi sebab banyak gelak. blogger-emoticon.blogspot.com

Then bas datang. Ada 2 bas untuk 'hangkut' 67 orang prefects, monitors and assistant monitors. 1 bas untuk lelaki 1 lagi untuk perempuan. Wah...Bas baru. Best and sejuk. Bas lelaki gerak dulu baru lah yang perempuan. Masa dalam perjalanan tu, memang bising la. Sana sini orang berbual pelbagai jenis perkara. Gosip ni gosip tu. Aku hanya mendengar. Tak de mood nak join la. Pastu ntah macam mana, budak-budak bising kata ada bau exaust. Aku tak bau pun memula tapi lepas dah masuk Kijal, baru perasaan. So pak cik yang drive tu berhenti depan TATI. Lepas check itu ini, gerak. Sampai kat Kem Bukit Kuang dalam pukul 9 lebih kalau tak salah.


Memula sampai, ketua dia dah suruh beratur and bagi taklimat. Budak laki dah letak barang dalam dorm diaorang masa kitaorang sampai. Lepas kiteorang abis taklimat and letak barang dalam dorm, semua students kumpul di dewan (dewan made of kayu and kecik jer). Pendaftaran and taklimat. Dapat la satu file and dengar cikgu beritahu apa yang boleh and tak.


Pastu berkawad! Aku and Anati skipped kawad atas sebab2 yang tertentu. Bosan jugak masa tunggu diaorang abis kawad, so aku and Anati tolong cikgu ikat sijil-sijil untuk watikah. huhu, agak payah tapi at least tak ade la bosan.


Lepas diaorang habis kawad, ade makan tengah hari. Lepas lunch, balik dorm, bersihkan diri sebelum pergi sembahyang. Petang tu ada 'Pengucapan Awam'. Waa.. tak sangka lak kena buat pengucapan awam. Dahlah cikgu kasi sorang-sorang (sepatutnya 2 orang tapi tak jumpa partner, Oi sape yang buat pengucapan awam no 12?). Carik idea punya lah lambat sebab cuaca kat kem tu panas and agak penat. Aku scribbled jer atas ketas. Pendahuluan dok bawah, isi atas, conclusion tepi. Pening ar tengok.


Masa nak kena present depan tu, cikgu cabut undi. Aku doa-doa jangan kena nama aku. tapi cikgu Musalmi tarik nama aku jugak. Ish~ aku bab-bab cakap depan orang ramai and pegang mike la aku paling tak suka. Aku memang anti-mike. Masa diri kat depan tu, pegang mike pun dah mengeletar tangan. aish... last-last, aku baca je. Rasa cam kelakar lak. Lepas habis present tu, cikgu zahawi soal macam-macam. Huhu...Jawab je, hentam keromo! In the end, aku dapat 3 points je (max 5). Dapat lah 3 biji choey-choco.


Lepas habis pengucapan awam, minum petang and sembahyang asar. Then lepas tu, ade senaman and main game. Game ni best. Dia tutup mata sorang partner, and yang sorang lagi tu guide kawan dia jalan satu kem. Aku geng ngan Anati. Mata Anati tutup dulu and aku guide dia. Tak de problem tapi memang gelak gila-gila lah tengok orang lain jalan. Memang kelakar. Lepas dia, aku lak. Huhu. Aku pun no problem except masa naik tangga. Askar tu sedap je tipu ade kayu atas kepala aku. Ish... & yang best, aku hampir langgar tiang bendera.


Then, makan malam. Tak ade mood sangat nak makan. Pastu, mandi and siapkan diri. Huh...Aku tak sempat nak mandi. Sempat tukar seluar jer sebelum pergi sembahyang. Nasib la sempat tukar seluar. Lepas tu, sembahyang maghrib berjemaah. Lepas sembahyang maghrib and ishak, kiteorang ada ceramah kepimpinan.


Ceramah tu agak best tapi di sebabkan terlampau penat, aku asyik lelap jer. Try kawal, takot kantoi. Pukul 11 malam baru habis. Punya la ngantok. Nak bukak mata pun tak beberapa larat. Ergh! Rasa cam nak marah je sebab ngantok ya amat dah. Semua balik dorm, ingat nak tutop mata selama 1 jam sebelum aktiviti seterusnya... Tapi tak jadi sebab askar tu suruh kumpul dah. Dia pegi anjakan masa supaya cepat sikit. Ish... ngantok la woooi! Rasa cam nak nyumpah je masa tu... Masa kumpul tu, dia tanya, sapa yang lemah semangat. Ade la 2, 3 budak2 ngaku (perempuan form 2). Aish... Then, last2 ade lagi yang kata takot, Hawa. O0... Rasa nak join sekali je group tu sebab tak payah masuk hutan. Tapi ntah ar, hati kata tak payah, otak kata pergi. Aish sungguh.

Pastu, dia lepaskan semua orang (dengan sarjan la) pergi kat belakang kem. Gelap tak nampak apa. Seramnya rasa. Then, kumpul kat belakang tu pulak. Sarj. tu bagi taklimat. Aku dah naik seram dah ni. Meremang bulu roma, nyesal lak tak join ngan Hawa. Ish... da tak senang duduk. Pastu, Anis Syaza first sekali pergi. Hmmm... Sunyi. Then sape ntah menyusul and dalam 1 minit gitu, dengar orang jerit sekuat hati. Dua tiga kali jugak. Takot nya!! Dah la jeritan high-pitched! Takoooott~

Anyway, lepas 2 3 kali kena marah (sebab tak reti2 nak diam) and ade budak laki tarik diri (budak form 1), barulah sampai turn aku. Ya Allah. Aku terasa sangat seram tak tau kenapa. Tapi try control! Aku gi kat Sarjan tu. Memule, dia tanya pelbagai jenis soalan. Ish. Bapak keje ape? Ngan Petronas ke? Gaji berapa? etc2. Ish askar ni. Pastu die tanye lak, takot ke? Aku jawab ar, agak seram. Die balas balik, rilek ar tak de mende pn! Errr....

Pastu dia lepas aku. Memang agak gelap track dia. Tapi ngan bantuan lampu suluh askar dari belakang and cahaya bulan, aku jalan. Seram~ Nak pegang pagar tu tak berani, takot terpengang bende lain lak. Jalan...jalan...jalan. tetibe ternampak lampu suluh dari dalam semak. And tetibe jugak la ade orang melompat macam hantu cina ngan berselubung dengan kain putih. *Hantu tu pengang lampu suluh!?* Lompat keluar dari semak. TerkeZut aku! Sebab asyik sangat tengok hantu tu, aku jalan tak tengok depan. And mase tu lah halangan ke dua datang. Bantal yang di ikat dari pokok di jatuhkan. Kalaulah mende tu jatuh depan muka aku, memang jerit sekuat hati. Tapi jatuh belakang aku. Salah timing!!

Terus lagi jalan and jalan and jalan. (Dah dalam fighting stance dah ni!) Pastu aku ternampak macam mayat (kena kapan) baring dekat depan. Ish~ Takot!! And lepas aku jalan melepasi mayat tu, barulah dia bangun! Masa tu jarak agak jauh la. Agaknye dia bangun sebab aku terseret daun2 (masa jalan kt dia tu, aku jalan se slow yang mungkin!). Masa dia bangun nak kejar aku tu aku cakap, 'Bang, terlambat lah! Saya dah jauh jalan ni!'. Tapi dia bangun gak. Masa bangun tu, kain yang balut badan dia melurut. Nak gelak gak, tapi bila pandang orang tu bangun nak kejar aku, hape lagi. Cabut langkah seribu! Hahaha. Pastu, jalan terus2 and jumpe penghalang yang ade askar jage. So belok ke kiri and keluar. Tapi masa nak keluar tu, ada askar baling bantal kena balut ngan kain putih. Ish. Naseb tak kena kaki sebab tak kena timing gak!

Terus lagi jalan sampai la dengar suare2 orang yang dah lepas and yang tak nak masuk. Yahoo~ Berjaya sampai!! Sambung lah pelbagai cerita ngan diaorang dan ustazah yang jaga budak2 tu semua!




Tuesday, February 10, 2009

1st Complaint daripada Adik aku

Wahaha. Padan muka sangat kat adik aku yg form 1 tu!! Wahaha.

Tadi, adik aku complaint kata malas, panas, penat etc jadi ahli Kadet Polis SMKRP. Padan muka. Ari tu aku dah kasi amaran pasal menda2 ni (supaya dia tak masuk K.Polis, tapi degil), ha kan padan muka.

Jadik budak Kadet Polis SMKRP memang amat memenatkan. Sebab banyak gila berkawad. Tu je lah kerja jadik kadet polis. Tapi seronok sebab dapat disiplin kan ahli2nya. Ni lah yang membuatkan aku tetap setia dengan unit ni! Go kadet Polis!!

Saturday, February 7, 2009

Kesedihan Seorang Kawan

Memandangkan hari ni sekolah, maknanya terpaksalah pergi sekolah...

Anyway, hari ni aku sempat duduk dengan kawan aku yang seorang ni. Dia dan kawan aku seorang lagi dah jadi kawan aku yang paling lama dan paling rapat masa kat sekolah menengah. Kawan aku, Z, tadi telah menyuarakan rasa kurang puas hati and terasa hatinya dia kepada bekas kawan rapat dia. Pasal dia and bekas kawan dia ni, details aku tak nak kasi. Sebab memang ramai kenal.

Z cakap, dia memang terasa hati sangat dengan sikap ex-bestfriend dia. Sejak akhir2 ni, Z cakap si dia tu dah macam tak nak layan, tak nak cakap and dah tak semesra dulu. Yela, aku paham sebab aku pun boleh katakan tak berapa puas hati sangat dengan si dia tu. Bagi aku, 'si dia' ni macam dah berubah sesangat. Dah tak macam seorang kawan yang aku kenal dulu. Kawan aku yang terserempak dekat MM pun ada cakap yang dia terasa hati dengan si dia. Kalau betul kiraan aku, ada 4 orang yang terasa hati and tak puas hati dengan perangai si dia ni termasuk aku. 3 yang lain tu memang dah bersahabat lama dengan 'si dia'.

Aku bukan lah nak salahkan sape2 dalam hal ni. Tapi sedarlah, walaupun dah ada kawan baru and geng baru pun, yang lama tu janganla buat sesuka hati je. Memang depan dia, aku buat tak kesah and so on. Tapi sebenarnya, hanya aku and ALLAH je yang tahu perasaan aku bila aku tengok perangai dia. Nak salahkan kawan dia yang sekarang ni? Tak boleh juga. Perkara ni terjadi bukanlah sebab kawan2 dia, tapi sebab dia pun sama.

Z cakap kat aku lagi, yang 'si dia' ni macam dah tak ingat yang Z ni kawan dia. Jarang sekali aku nak tengok diaorang gelak macam dulu lagi. Yelah 'si dia' dah ada geng sendiri. Kawan lama lupakan sajalah!

Sebenarnya, aku kesian gila kat Z. Tadi sampai menangis cerita kat aku pasal kawan lama dia ni. Bagi aku, 'si dia' ni tak patut buat Z macam tu. Bukanlah aku nak suruh 'si dia' ni dok depan Z sentiasa. Aku cuma nak 'si dia' ni buat Z tempat hanya untuk berkawan bila gaduh dengan geng dia or kawan2 baru dia. Memang aku sedar, bila gaduh or ade problem dengan kawan2 baru, barulah 'si dia' ni pergi kat Z. Bagi aku, Z patut tak layan je. Tapi nanti orang mengata pulak.

Hurmmm... actually cerita ni memang aku dah post masa first time aku post blog. Memang perangai 'si dia' tak berubah, malah menjadi lebih parah. Dan aku pun terpaksa buat baik dengan 'si dia' atas sebab2 tertentu. Tapi sememangnya aku kurang puas hati dengan perangai dia yang sekarang. Huh~

Wednesday, February 4, 2009

Kacau Bubur Asyura Day

Hari ni tak belajar langsung masa kat sekolah tadi. Sepanjang hari [sampai pukul 12 lebih je] dok buat persiapan untuk masak bubur asyura and bubur lambuk.

Memula pagi tu, ade perhimpunan macam biasa la. Pastu semua students form 4 berkumpul belakang bengkel KH. Kawasan kat situ agak luas jugak. First job masa aku sampai situ, kena buang tulang ikan (ikan selar kuning kot?) yang dah rebus. Aku join Izzah and Affni sebelum Nurul and Amira Nazihah join the club. Happening jugak walaupun tugasnya agak leceh and nyusahkan.

Lepas abis main dengan ikan, kiteorang (minus Nurul and Amira Nazihah), pergi petik daun-daun hutan and pucuk ape ntah. Cabut daun dari batang dia. Banyak jugak tapi best buat ramai2. Then abis la keja. Cuma tunggu air + santan + beras mengelegak sebelum masuk tugas untuk mengacau.

Aku lepak-lepak dulu kat kawah C. Then lepas tengok macam best je kacau, aku pun join the group. Sampai kat kol 12 ke 1 baru lah bubur tu siap. Gilir-gilir la kacau sebab bila dah terkena asapnya, pedih gila lar... Dekat kawah C punyalah panas and bersemangat la berbanding kawah A, B and D sebab kawah C je perempuan yang kacau. Lelaki tak tolong sangat pun (hampeh!) Di samping itu juga (ceh~), aku sempat jugak pergi buat air minuman untuk orang-orang yang bertugas jaga kawah2 tu and untuk yang tak bertugas. Other than that, macam-macam jenis cerita keluar masa duduk-duduk kat kawah C tu. Pelbagai jenis dari A sampai la Z. blogger-emoticon.blogspot.com

Around 12.30, semua dah siap masak. Kumpulan lain take over untuk bungkus-bungkus bubur tu. Aku amik satu bubur asyura and satu bubur lambuk(fav!). Sedap jugak cuma aku kurang suka makan bubur asyura. Dalam kelam kabut packing untuk kawan aku, ntah macam mana terlebih amik. Tak perasaan sampai la naik bas. So, rezeki untuk pak cik Bas la tu...

Anyway, mase kita orang on the way from bengkel to kelas tu, ada sesuatu yang memang kurang asam and kurang ajar berlaku. Perkara ni melibatkan kawan aku and seorang cikgu yang pangkatnya tinggi kat sekolah. Tau-tau ajelah...
Masa tu, aku and Mira pergi hantar bubur cikgu ke meja-meja mereka and pejabat. So aku terpisah la daripada Ani, Sakinah and Izzati. Masa aku sampai balik kat diaorang, Sakinah dah takde. Aku tanya la, mana sakinah?. Ani, dengan nada yang agak geram menjawab, "pergi amik bubur. Bubur dia kena rampas/amik dengan BOS!"

Hah? Bos, dia keluar dari pejabat tadi, pastu cakap, "eh, dah siap bungkus eh? Hmm.... Untuk I tak de ke? Tak pe lah... I amik yang you punya je la..." and terus amik bungkusan bubur Sakinah dan bla dari tempat itu. Ish...blogger-emoticon.blogspot.com Rasa geram gila. Gedik nak mampus pulak tu... Sabar jer lah!

Anyway, balik awal hari ni!

The Gambars


Affni and Izzah with fish~ b4 aku join the club


Izzati and Mira BD (sempat lagi posing with kawah C)

Er... Asal la semua gambar yang melibatkan 2 orang ni mesti blur?


Api yang cukup marak...Sungguh panas blogger-emoticon.blogspot.com


Sempat lagi posing tu. Cikgu Nurulakma (pratical)


Kacau elok-elok... Jangan berangan...


Yaaa! Ini dia cikgu BM aku, Puan Musalmi sedang posing bersama kawah C!


Errr...Kembar?


2 orang cikgu practical (2 2 ajar Chemistry)


Posing terakhir bersama-sama

Sunday, February 1, 2009

Hari ini di Chemistry Lab

First day of school lepas 1 minggu cuti CNY. Malas nya rasa nak ngadap buku2 teks yang agak banyak dan agak berat. Bagi aku, ini perkara yang biasa t'jadi lepas cuti, betul?

Anyway, since hari ni first day, memang ada sikit havoc la plus with keputusan untuk pergi SPB and MRSM dah keluar, memang bising pagi2 tu. So, macam biasa, pagi2 ada perhimpunan. Pengetua memperkenalkan seorang guru baru yang datang dari America. Orangnya asal Pakistan tapi tinggal lama kat America. Cikgu ETA (english teaching assitance), cakap laju gila. Nasib baik le dapat tangkap.

Perhimpunan habis agak awal sebab budak2 form 3 and 5 ade exam TOV (gud luck!). First subject, English. Ada yang nak sangat cikgu ETA tu ngajar, tapi dapat jugak ke Sir Raja. Lepas tu subjek Akaun. Best jugak akaun walaupun cikgu yang ngajar tu boleh di kategori sebagai cikgu garang SMKRP. Tapi masa dalam kelas, cikgu ni macam 180 degree change. Macam orang lain pulak.

BTW, the tajuk is focusing on what happened at the Chemistry Lab, lepas subject akaun and rehat. Hari ni kena buat experiment untuk peka pasal heating/cooling naphathalene (betul ke eja?) atau name senang, ubat lipas/ubat gegat. 1st experiment dalam year 2009 sebagai student form 4. Masa mulakan experiment memang tak ada ape2 la. Everything went normal as usual. Tapi lepas ubat gegat tu mula cair, memang kecoh sikit sebab bau nya agak tidak menyenangkan. Try control, buat muka tak kesah je.

Anyway, ntah macam mana, tengah2 busy dengan ubat gegat, bunsen burner, thermometer, tetiba pengetua datang with some nazirs (aku sebut nazis, jgn tanya knapa). Masa tengah2 kecoh tu la, nazirs tu datang. And masa tu la sesuatu yang memang tak sangka berlaku. Ada orang muntah betul2 depan pintu masuk makmal chemistry. Terpaksa la pengetua and nazirs tu masuk ikot pintu belakang. Aku memula tak perasaan jugak tapi lepas pengetua tetiba datang kat cikgu Siti Norashikin (masa tu tengah explain pasal menda tu kat group aku), cakap ada budak muntah kat depan pintu, aku pun tengok la. Ada benda berwarna pink. Macam solid tapi lembik.

Muntah tak kan la warna pink. Ingatkan barang ape ke so aku pun pay attention balik kat experiment. Pastu teacher Shikin datang balik.

"Sape muntah, teacher?" aku tanya.
"Tuuu... Am---- Ch- Z-L" jawab teacher.
"oooo000o... Kenape bleh muntah?"
"Tak tahan bau ubat ni kot? Ni masih muda, tak pregnant agi dah muntah bau menda ni. Nanti kalau dah pregnant..." jawab teacher.
Aku gelak dengar komen teacher. Macam kelakar lak. Rasanya, baru je abis PMR takkan la nak kawen dah kot?

Then, lepas abis experiment, baru lah aku tanya kawan dia.
"Camne dia bleh muntah?"
"Ntah. Dia cakap nak gi toilet. Aku pun cakap jap. Masa pusing balik, tengok dah muntah pun kat situ. Aku bitaw Hawa. Hawa cakap dadih, dadih!"

O0o. Baru aku perasan. Rupenya benda warna pink tu muntah keluar dadih rupanya. Kesian yang muntah tu, tapi bagus gak sebab muntah masa pengetua ada.

Kesian yang muntah tu. Tapi, hari di chemistry lab menjadi agak happening dengan berlakunya muntah, experiment etc semua. Agak kecoh dalam lab walaupun sepatutnya tak boleh buat bising :D .

Till next entry~