Monday, July 21, 2008

Kem Elite

Macam biasa lah, busy sangat. Hari ni baru ada chance nak tulis!

10 orang yang wakil sekolah aku ni ada 6 orang yang pergi camping termasuk aku. Yang lagi 4 orang tuh tak pergi camping sebab takut penat and sorang tu tinggal kat Kijal. Jauh jugak dari sekolah kiteorang nih. So, aku bla dari camping site dekat2 pukol satu. Mase tuh baru habis masak. Ada yang dah bla pukul 10 lebih lagi sebab dia punya acara habis awal. Aku lak memasak. So terpaksa la stay lama sikit.

Balek tuh pack baju, makan sikit pastu mandi. Masa tu rasa penatnya tak terhingga. Rasa nak baring and terus tidor jer. Tapi kang takot cikgu marah pulak, terpaksa la memaksa diri untuk pergi kem. Aku sampai kat sekolah BAS (Badrul Alam Shah) dekat pukul 2.30. Kengkawan aku yang lain dah sampai except Elisa. Lepas aku register baru dia sampai. Dia kata dia terlepas SMKBAS ni sebab tu lambat. O0.

Lepas register tuh kiteorang terus masuk kelas. Budak2 perempuan sekolah aku semue masuk kelas ke 2 except Affni sebab nama dia atas sekali so terpaksa ar masuk kat kumpulan 1. Kesian dia. Masa belajar tuh, (subjek math) aku punye badan panas semacam jer. Rasa cam nak terbakar. Penat sangat kot? Buat math cam sewel jer sebab tak boleh nak focus. Penat sangat kot lagi.

Then, kteorang bawak barang masuk dorm lepas math tuh. Aku punya barang berat sikit sebab aku bawak air 3 litres. Settle barang dalam dorm, kiteorang minum petang jap kat dewan makan dia. Makanan ok. Naseb baik kelas malam tu start pukul 8.00. Kiteorang rehat la dulu. Penat ya amat. O ye, aku satu dorm dengan Elin and Affni. Elisa pulak dengan Yasmin and Izzah. Tapi Elisa and Min lepak kat dorm kiteorang Affni lak gi kat Izzah.

Malam tuh, malam paling sewel ar bagi aku. Sebab kiteorang lawan mengantuk, sakit tekak and penat yang teramat-amat masa buat mathematics. Ya Allah. Punya la ngantok and penat. Untuk menghilangkan ngantuk tuh kiteorang makan biskut tiger. Tapi still macam orang mabuk. Haha.

Esok paginya, pukul 5.30 dah jaga. Tapi malas gile nak pergi mandi. Orang laen semue dah mandi kecuali aku, elin and elisa. Elisa kene demam pagi tuh so dia sambung tidor balek. Aku lak batu, selsema tak ilang2 lagi mase tuh. Demam dah kebah jugak. Aku call ustazah kata elisa demam and dia kata nak balek. Ustazah kata ok. Pastu, dieorang sambung tidor balek. Aku lak pergi mandi. Air sejuk sangat tapi best jugak la sebab badan rasa cam panas sikit. Lepas aku siap mandi, barulah diaorang masuk bilik air and mandi.

Kteorang gi kelas lagi. Kali ni terlambat sikit. Masa kat kelas tu belajar sejarah. Cikgu laki tuh nampak garang and dia duduk depan aku. Takut pulak rasa nak ngantuk depan dia. Naseb baeklah ada orang lawan bola sepak kat padang. Aku layan orang main bola sepak tuh lepas kerje yang dia bagi tuh siap. Lepas sejarah, kelas geo pulak. Cikgu perempuan cina. Garang jugak tapi ok gak lah. Aku ngantok gile mase tuh. Dah la tak ada gula2, ade lozenges jer. Terpakse ar tahan.

Lepas tuh, kiteorang balek dorm, sembahyang and makan tengah hari. Then masuk kelas balek belajar Science. Masa ni aku memang betul2 dah tak tahan. Aku tidor mase cikgu tuh ngajar. Masa dia ke belakang aku tido ar, bile dia datang depan balek aku buat2 macam tengah jawab soalan. Tapi yang kelakarnya, masa dia ajar transformer tu aku ngantok ar and hampir tertidor. Tapi aku boleh jawab soalan dalam ketas yang dia bagi walaupun mata aku dah tertutup. Cam pelik jer.

Malam tuh, Elisa punya demam datang balek (dia tak jadi balek). Dia tidur je. Aku, Min and Elin dok buat 100 soalan science yang dia bagi. Naseb la malam ni dah tak segila semalam. Everything went ok jer malam tu sebab badan dah okey sikit.

Esok, the last day tuh, belajar English. Memule ingat nak Sir Raja (cikgu sekolah kiteorang) tapi dapat cikgu sekolah lain. OK jugak belajar ngan dia. Seronok tak mengantuk langsung and kiteorang paling semangat buat English. Hehe. Dia suruh buat short story (ikot sekolah, dlm group), and kiteorang tulis lar pasal Camping and Kem ni. Dia kata bagus sangat kiteorang nye grammar (ye la ade CAPD, mesti la ok!).

HAbis je kelas English tuh kiteorang balek dorm, kemas beg. Tunggu sekejap dengar ucapan dari ADUN kemasik then balek. Fuh~! Penat seh. Tapi seronok jugak lepas pikir2 balek. Yela, bukan semue students dapat pergi. NI next week ada lagi kem dekat sekolah mak lagam.

K-bye~ Ja-nee

p/s: Gambar nanti la bile ada masa nak upload kat Flickr. Hehehe :D

Sunday, July 13, 2008

Camping 2008

Busynya miggu lepas. Penat tak payah cakap la. Sampai kena batuk, demam and selsema. Pakej lengkap!



Memandangkan last week merupakan minggu camping (camping hari Rabu and Khamis lepas), semua orang busy sesangat lah. Dalam bilik guru tu penuh dengan hadiah, barang-barang untuk camping. Pastu, semua unit ada bilik dieorang sendirik. Kalau kadet polis tempat dalam bilik SAL, KRS depan makmal, Puteri Islam dalam bilik SPBT.

Aku entah camne kene masuk memasak. Mentang-mentang la yang ketua memasak tu kawan aku, dia masuk kan nama aku. Memula nak amik kawad kaki, tapi tak dapat. Tu tak pe lagi, aku terpaksa pulak masuk aspirasi seni. Ha?? Naik stage? mengeletar lutut aku.

Disebabkan aku terpaksa masuk aspirasi seni, so aku kerap la berlatih dengan budak2 lain dalam bilik SAL. Aku hanyalah watak sampingan jer. Latihan dalam bilik SAL tu memang syok la. Daripada cerita sedey tukar jadi cerita kelakar pulak. Memang asyik gelak je mase buat latihan. Tak serious langsung. Budak2 kadet memang camtu jarang sekali serious kecuali mase kawad (sirius sikit jer).

Camping kiteorang start pukul 2 petang Rabu tu. Komander camping kali ni cikgu baru. Tak seronok sangat dia ni jadik komander. Serious gile and cam annoying cikit. Ada ke mase baru jer start perhimpunan tuh dia suruh lari pergi hujung padang dari satu hujung. Geram jugak aku. well... biar aje lah.

Siang tu lepak dalam tent jer. Aku masih sakit tekak lagi and camne ntah suara jap ada jap tak ade. Macam chips more jer. Sambil lepak-lepak tuh, ada le dua orang kawan aku nih sempat buat chicken dance. Nanti aku upload kat youtube and link kat sini. Malas nak upload sekarang nih.

Petang tuh, kteorang mandi cepat2 and pergi makan. Lepas makan, tunggu budak2 siap sembahyang aku layan anak-anak cikgu Roznee (cikgu math aku). Budak-budak nih memang tak boleh nampak aku. Semue terus mengekor. Kiteorang memanf rapat sikit. Siap bergambar-gambar lagi dekat kem kadet polis. Aku, Mira, Affni dan anak-anak cikgu Roznee (Hamizah, Izzati dengan sorang lagi. Lupe dah).

Lepas orang habis sembahyang maghrib dan isyak, diaorang suruh tuka baju. Aku terpaksa la pakai baju unit sebab jap agi nak jadi polis. Sikit punye mengeletar bile dok belakang stage tuh. Kiteorang last tapi still berdebar-debar jer rasa. takut yang teramat sangat.

Bila tiba time kiteorang, aku memang dah kecut tersangat-sangat ah. Tup tap tup tap, siap persembahan. Tak jadik sangat sebab watak utama tergelak masa nak buang anak tuh and suare aku tak keluar sangat sebab tekak rasa perit semacam ajer. Biarlah janji happy dah la.

Esoknye, aku kene batuk teruk sangat. Pagi tuh macam nak demam aje. Telan panadol and makan lozenges banyak2. Aku tak breakfast pun sebab tak selera. Pastu tibe la time masak. Daripada pukul 9.30, pukul 10 baru start. Aku dah la kene balek awal sebab nak gi kem. Tapi masak jer ar.

Masa tengah masak tuh, geng2 masak ni sempat gaduh lagi. Yela cam bodoh jer. Gaduh depan judges pulak tuh. Masak pulak bende yang tak penah masak sebelum nih. Masak chicken chop version cikgu rosman (cikgu utk kadet polis). Puas call nak tanye jadik ke tak sos yang kteorang buat. Hampeh. Sampai habis pertandingan tak muncul2. Kawan aku ni buat air fresh orange. Fuh memang sedap gile la. Aku pulak buat pasta oregano. Sedap jugak. Cikgu mintak resepi, aku tak nak bagi. Marah cikgu tuh. Namun disebabkan aku baek, aku kasik ar.

Kay ar, esok2 lak cite pasal kem. Gambar tunggu aku upload kat flickr dlu. Nanti baru letak kat sini. BTW, masakan kiteorang dapat no 3. Aspirasi seni pulak dengar cerite kene tendang sebab ada unsur negatif (masa part kat disko). Tapi kan, tak ade pun termaktub dalam peraturan aspirasi seni tu pun. Biarlah.

bye. sile tinggalkan review yek!

Wednesday, July 2, 2008

Dilemma Kem and Camping

Lamanye rasa tak update blog. Tak de masa sangat la. Macam busy jer rasa walaupun sebenarnya tak ade lah busy mana.

Baru-baru ni, kitaorang telah di beritahu oleh ustazah yang uruskan budak-budak PMR. Katanya, tahun ni tak ada kem-kem PERKASA yang macam dulu-dulu buat. Frust jugak dengar. Sebab memang menantikan kem-kem camtu. Seronok pergi kem PERKASA walaupun buat jauh-jauh and di sekolah sapa2 ntah. Malangnya, tahun ni kerajaan tak ada bajet. Tu la, bazir lagi duit kat Sukma tu... Dengar cite baper juta entah habis nak buat stadium tu semue2.


So, ustazah tu cakap ada kem Elite. 10 orang je lepas nak pergi. memang semua budak 3Ino nak pergi tapi lepas ustazah cakap 10 orang tu, ramai putus harapan. Bayangkan 10 orang daripada 23 orang. Memang yang tahu boleh pergi, budak-budak top lah. Aku ni exam OTI 1 dapat no 21 memang sah tak ley gi. Tapi naseb aku sungguhla baek. Cikgu yang uruskan markah-markah tuh amik avarage markah sejak form 1.


Dengan sungguh bertuahnya, aku dapat masuk antara 10 orang tu. Aku dapat no 9... Teruk dah tu... Kena belajar lagi! Tapi, dalam happy2 tuh, cikgu pulak announced yang camping untuk unit beruniform diadakan pada hari yang sama. Alaa~ aku nak gi camping jugak! Huh! Cikgu cakap kalo nak pergi boleh tapi tak payah stay sampai habis. Kire lepas akunye event, boleh bla. And jangan amik event lepas pukul 2 or dekat2 dengan pukul 2. Sebab kem tu start pukul 2. Duh... Confirm penatnya la!

Disebabkan aku boleh pergi camping and kem, aku ingat nak masuk pertandingan kawad kaki. Favourite aku tuh. Malangnya tak lepas. Komander tak amik aku :( Sedey gak. Terpaksa la masuk masakan. Asyik memasak jer kerje aku. Well.... hehehe.

Memasak.... Ok lagi tuh! Entah camne aku terpaksa masuk aspirasi seni. Eh??? Naik pentas??? Tak nak!! Aku ni ade sikit phobia kalau naik pentas. Tak taw kenape. Tapi memang dari dulu lagi. Cam mengeletar je kaki rasa tiap kali naik pentas. Tapi nak buat camna? Masuk je la. Mana tau lepas ni phobia tuh ilang. Hehehe. Aku masuk pentomim (berlakon takde script. Buat gaya jer). Aku ni tak pernah ber-pentomim, so terpaksa la tengok cane diaorang blakun. O0h. Senang jer. Aku dapat character sebagai seorang Inspector. Bagus2 memandangkan aku ni dah jadik ahli kadet polis. Tak yah mekap-mekap. Yang bestnye, pentomim ni semue yang berjantina wanita. So tak kesah la kalau pegang2 pun. And ade yang terpakse dimekapkan jadik jantan. 0o. Tak saba nak tengok!

Urm, kay ar. Sampai sini je dlu. Aku nak tulis jalan cite pentomim tuh. Hehe...Cam seronok je bagi aku pentomim tu. Hehe...



p/s: Tadi ade ujian lisan arab. Alhamdulillah aku dapat jawab walaupun terlupe 'telaga' dalam arab ape. Pentaksir cakap semue dapat cemerlang. Bagus!