Sunday, July 13, 2008

Camping 2008

Busynya miggu lepas. Penat tak payah cakap la. Sampai kena batuk, demam and selsema. Pakej lengkap!



Memandangkan last week merupakan minggu camping (camping hari Rabu and Khamis lepas), semua orang busy sesangat lah. Dalam bilik guru tu penuh dengan hadiah, barang-barang untuk camping. Pastu, semua unit ada bilik dieorang sendirik. Kalau kadet polis tempat dalam bilik SAL, KRS depan makmal, Puteri Islam dalam bilik SPBT.

Aku entah camne kene masuk memasak. Mentang-mentang la yang ketua memasak tu kawan aku, dia masuk kan nama aku. Memula nak amik kawad kaki, tapi tak dapat. Tu tak pe lagi, aku terpaksa pulak masuk aspirasi seni. Ha?? Naik stage? mengeletar lutut aku.

Disebabkan aku terpaksa masuk aspirasi seni, so aku kerap la berlatih dengan budak2 lain dalam bilik SAL. Aku hanyalah watak sampingan jer. Latihan dalam bilik SAL tu memang syok la. Daripada cerita sedey tukar jadi cerita kelakar pulak. Memang asyik gelak je mase buat latihan. Tak serious langsung. Budak2 kadet memang camtu jarang sekali serious kecuali mase kawad (sirius sikit jer).

Camping kiteorang start pukul 2 petang Rabu tu. Komander camping kali ni cikgu baru. Tak seronok sangat dia ni jadik komander. Serious gile and cam annoying cikit. Ada ke mase baru jer start perhimpunan tuh dia suruh lari pergi hujung padang dari satu hujung. Geram jugak aku. well... biar aje lah.

Siang tu lepak dalam tent jer. Aku masih sakit tekak lagi and camne ntah suara jap ada jap tak ade. Macam chips more jer. Sambil lepak-lepak tuh, ada le dua orang kawan aku nih sempat buat chicken dance. Nanti aku upload kat youtube and link kat sini. Malas nak upload sekarang nih.

Petang tuh, kteorang mandi cepat2 and pergi makan. Lepas makan, tunggu budak2 siap sembahyang aku layan anak-anak cikgu Roznee (cikgu math aku). Budak-budak nih memang tak boleh nampak aku. Semue terus mengekor. Kiteorang memanf rapat sikit. Siap bergambar-gambar lagi dekat kem kadet polis. Aku, Mira, Affni dan anak-anak cikgu Roznee (Hamizah, Izzati dengan sorang lagi. Lupe dah).

Lepas orang habis sembahyang maghrib dan isyak, diaorang suruh tuka baju. Aku terpaksa la pakai baju unit sebab jap agi nak jadi polis. Sikit punye mengeletar bile dok belakang stage tuh. Kiteorang last tapi still berdebar-debar jer rasa. takut yang teramat sangat.

Bila tiba time kiteorang, aku memang dah kecut tersangat-sangat ah. Tup tap tup tap, siap persembahan. Tak jadik sangat sebab watak utama tergelak masa nak buang anak tuh and suare aku tak keluar sangat sebab tekak rasa perit semacam ajer. Biarlah janji happy dah la.

Esoknye, aku kene batuk teruk sangat. Pagi tuh macam nak demam aje. Telan panadol and makan lozenges banyak2. Aku tak breakfast pun sebab tak selera. Pastu tibe la time masak. Daripada pukul 9.30, pukul 10 baru start. Aku dah la kene balek awal sebab nak gi kem. Tapi masak jer ar.

Masa tengah masak tuh, geng2 masak ni sempat gaduh lagi. Yela cam bodoh jer. Gaduh depan judges pulak tuh. Masak pulak bende yang tak penah masak sebelum nih. Masak chicken chop version cikgu rosman (cikgu utk kadet polis). Puas call nak tanye jadik ke tak sos yang kteorang buat. Hampeh. Sampai habis pertandingan tak muncul2. Kawan aku ni buat air fresh orange. Fuh memang sedap gile la. Aku pulak buat pasta oregano. Sedap jugak. Cikgu mintak resepi, aku tak nak bagi. Marah cikgu tuh. Namun disebabkan aku baek, aku kasik ar.

Kay ar, esok2 lak cite pasal kem. Gambar tunggu aku upload kat flickr dlu. Nanti baru letak kat sini. BTW, masakan kiteorang dapat no 3. Aspirasi seni pulak dengar cerite kene tendang sebab ada unsur negatif (masa part kat disko). Tapi kan, tak ade pun termaktub dalam peraturan aspirasi seni tu pun. Biarlah.

bye. sile tinggalkan review yek!

1 comment:

Anonymous said...

gambar lauk-lauk yang masak tu tak ade ke