Wednesday, January 28, 2009

HELP! We stuck inside a lift~!

Yup, aku and family aku (x-cept mak) stuck dalam lift selama 1/2 jam semalam masa kat rumah KL aku. It was some scary experience!

Memang tak jangka dapat stuck dalam lift tu sebabnya selama ni lift tu ok je and nak kata dah buruk tak jugak. Start2 nye, bawak masuk segala barang and bags ke dalam lift tu sebab nak bawak turun ke kereta. Loading...loading... Siap masukkan barang semua dalam lift. Pastu aku, ayah aku and adek2 aku masuk dalam lift. Lift kat Royal Domain ni agak complicated sebab security dia. Kena lalukan access card, baru boleh tekan tingkat berapa [tu pun boleh pergi tingkat rumah sendiri and tmpat2 kemudahan = swimming pool / game room / car park].

So, ayah aku lalukan access card and tekan G, sebab nak pergi turunkan barang and amik kereta. Memula okay je. Sampai tingkat 23, tetiba je lift tu terhentak. Terkezut aku and family aku yang lain. Adik-adik dah pucat muka, takot.

Memula ingatkan stuck kat tingkat tu je. Tapi bila turun setingkat lagi, lift tu terhentak jugak. Pastu terus tak turun-turun. Takot ooo. Tekan2, tak boleh turun. Try bukak pintu pun tak boleh. Terus stuck! Gila lar rasa!! Aku takot jugak tapi try cool sebab adik aku yang laki tu dah nak nangis dah. Huhuhu.

Lama jugak stuck. Try bukak pintu tak boleh. Nak naik / turun pun sama tak boleh. Gelabah dah ni. Huhu. Takot jugak kalau2 jadik macam dalam movie2 yang lift jatuh laju semacam tu... Seram. Tapi nasib baik juga ar 2 hari sebelum tu tengok History Channel pasal lift. Selamat sikit.
Try tekan emergency bell tu. Lama gak baru ada reply dari Guard House. Pekak gaknya. Dia cakap, 'tunggu bang. tak sampai 5 minit orang datang' guard tu cakap kat bapak aku. Ok ler... Tapi dekat 35 minit pun tak ade orang datang. Aku dah begang sebab rasa cam susah nak nafas and rasa agak lemas. Adik laki aku dah mula nangis. Klakar tengok muka dia nangis. Memula try control, pastu terus burst. Hahaha... (aku kakak yg jahat!)

Tunggu punya tunggu sambil menekan bell and pukul/hentak pintu lift sekuat hati, ada la orang dengar. A chinese woman (dari percakapan dia lar, agak je ni) dengar and call guard house. About 5 minit, baru la dengar orang reply and bunyik macam bawak tools. Ntah orang tu buat ape, lift tu terhentak sekali lagi. 5 minit lagi, baru lah lift tu bukak. Fuh~ lega rasanya lepas nampak cahaya matahari and hirup udara KL (yang agak nyaman~). Adik2 cepat keluar, takot terperangkap lagi. Aku and ayah aku lak bawak barang keluar.

Rupa-rupa masa tu kita orang kat tingkat 23 (walaupun dlm lift tu showed no 22). Satu tingkat jer turun. Rumah aku tingkat 23A (24 la tu). Lega keluar dari lift memang tak terhingga rasa. Then turun guna lift satu lagi. Adik aku takot, tapi paksa gak.

Tulah pengalaman aku terstuck dalam lift hampir 1 jam. Menakutkan tapi best jugak.

Till next time...

Wednesday, January 14, 2009

Urh? Rentas Desa Rantau '09

wow~ dah 2 minggu dah sekolah untuk 2009 start. Cepat jugak rasa masa berlalu...

Well, minggu ni memang best gi sekolah sebab tak belajar langsung... Minggu orientasi. best jugak. Bukan lah orientasi yang bosan macam dengar ape cikgu dok cakap kat depan tuh...tapi minggu orientasi yang penuh dengan benda2 macam IGB (iventory gaya bercinta [jgn tanya, aku pun kurang tahu kenape cikgu suruh buat mende tuh]) and Personaliti Warna (personaliti ikot warna). Untuk IGB aku dapat Logikal, aku bukanlah orang yang romantik~ haha... Kalau personaliti warna, aku orang hijau, orang yang berfikir... Sesuai ke? Macam tak je... Maybe ye, maybe tak.

Ade 1 slot je yang bosan dlm minggu orientasi, slot RC (reka cipta) ni untuk bagi information pasal mata pelajaran RC. Huh, macam KHB. Sudah la...Cukup ler 3 tahun belajar KHB, baik aku study biologi...

Kay, Ahad, Isnin, Selasa penuh dengan orientasi and latihan merentas desa untuk hari Rabu. Hari Rabu, pagi2 lagi orang dah kumpul dekat tapak perhimpunan. Ramai and baju colourful. Campuran beberapa tahun punya baju yang lain2 pattern and rupa. Cantik tetapi pening kepala. Cuaca pun just nice. Matahari berselindung di sebalik awan tetapi tak hujan.

Aku tak berlari sebab malas and doctor tak kasi. Hehe. Aku kena buat air untuk budak2 yang lari. Tak ade la susah sangat, setakat bancuh air boleh la...Haha. Cepat jugak bebudak yang berlari tu sampai ke garisan penamat. Dalam 1 1/2jam later, semua students dah sampai (termasuk yang jalan kaki). Lagu jugak, maybe sebab cuaca yang best~ Air yang tersedia dengan ais yang banyak, serta sejuk dan manis tu cepat je ilang. Dalam sekelip mata.

Lepas habis uruskan makanan untuk budak2 rumah hijau, aku and kawan2 aku picnic makan kat tepi bilik guru. Sedap, hanya ber4 je kat tepi tuh bertemankan sebekas besar ais. Nasi yang ustazah aku belikan untuk rumah Hijau (Tapis) agak pedas. Tapi ais banyak kan. Lepas dah siap makan2, kiteorang kemaskan tempat tu... Ais yang lebih2 tuh buat main baling2. Syok rasa cam jadik budak kecik balik.

After that, aku and Mira Zaibidi ikot cikgu Roznee (cikgu math) keluar pergi bandar baru, ambik anak cikgu yang balik dari ngaji. Then balik semula sekolah. Memang la kiteorang ni tak de keje. Masa sampai kat skool tu, semua orang dah b'kumpul tunggu keputusan merentas desa. Berdebar2 rasa...

Masa announcement tu, rumah hijau tak ade la banyak sangat menang. Tapi bila total up kan markah, rumah hijau jadi juara keseluruhan! yahoo~ first time setahu aku sejak aku masuk sekolah menengah. Wow. Terer gak. Then lepas tu balik rumah!

Well, congrats to all, especially rumah tapis!