Wednesday, January 14, 2009

Urh? Rentas Desa Rantau '09

wow~ dah 2 minggu dah sekolah untuk 2009 start. Cepat jugak rasa masa berlalu...

Well, minggu ni memang best gi sekolah sebab tak belajar langsung... Minggu orientasi. best jugak. Bukan lah orientasi yang bosan macam dengar ape cikgu dok cakap kat depan tuh...tapi minggu orientasi yang penuh dengan benda2 macam IGB (iventory gaya bercinta [jgn tanya, aku pun kurang tahu kenape cikgu suruh buat mende tuh]) and Personaliti Warna (personaliti ikot warna). Untuk IGB aku dapat Logikal, aku bukanlah orang yang romantik~ haha... Kalau personaliti warna, aku orang hijau, orang yang berfikir... Sesuai ke? Macam tak je... Maybe ye, maybe tak.

Ade 1 slot je yang bosan dlm minggu orientasi, slot RC (reka cipta) ni untuk bagi information pasal mata pelajaran RC. Huh, macam KHB. Sudah la...Cukup ler 3 tahun belajar KHB, baik aku study biologi...

Kay, Ahad, Isnin, Selasa penuh dengan orientasi and latihan merentas desa untuk hari Rabu. Hari Rabu, pagi2 lagi orang dah kumpul dekat tapak perhimpunan. Ramai and baju colourful. Campuran beberapa tahun punya baju yang lain2 pattern and rupa. Cantik tetapi pening kepala. Cuaca pun just nice. Matahari berselindung di sebalik awan tetapi tak hujan.

Aku tak berlari sebab malas and doctor tak kasi. Hehe. Aku kena buat air untuk budak2 yang lari. Tak ade la susah sangat, setakat bancuh air boleh la...Haha. Cepat jugak bebudak yang berlari tu sampai ke garisan penamat. Dalam 1 1/2jam later, semua students dah sampai (termasuk yang jalan kaki). Lagu jugak, maybe sebab cuaca yang best~ Air yang tersedia dengan ais yang banyak, serta sejuk dan manis tu cepat je ilang. Dalam sekelip mata.

Lepas habis uruskan makanan untuk budak2 rumah hijau, aku and kawan2 aku picnic makan kat tepi bilik guru. Sedap, hanya ber4 je kat tepi tuh bertemankan sebekas besar ais. Nasi yang ustazah aku belikan untuk rumah Hijau (Tapis) agak pedas. Tapi ais banyak kan. Lepas dah siap makan2, kiteorang kemaskan tempat tu... Ais yang lebih2 tuh buat main baling2. Syok rasa cam jadik budak kecik balik.

After that, aku and Mira Zaibidi ikot cikgu Roznee (cikgu math) keluar pergi bandar baru, ambik anak cikgu yang balik dari ngaji. Then balik semula sekolah. Memang la kiteorang ni tak de keje. Masa sampai kat skool tu, semua orang dah b'kumpul tunggu keputusan merentas desa. Berdebar2 rasa...

Masa announcement tu, rumah hijau tak ade la banyak sangat menang. Tapi bila total up kan markah, rumah hijau jadi juara keseluruhan! yahoo~ first time setahu aku sejak aku masuk sekolah menengah. Wow. Terer gak. Then lepas tu balik rumah!

Well, congrats to all, especially rumah tapis!

2 comments:

Nurul Syahirah Dzulkifli said...

elehhh , tkpe tkpe .
next year duyung mng ! hahaha :P

Nurul Syahirah Dzulkifli said...

ey ey syg .
link aku www.notsonewblog.blogspot.com la .
bukan notsonew . haha