Friday, February 20, 2009

Kem Pengawas '09 Part 1

18th February 2009




Hari rabu... Pagi-pagi lagi dah bangun (bukan tak sabar ye, aku punya tidur terganggu). Mandi, sembahyang, kemas katil and siap kan barang-barang. Pastu turun bawah. Beg baju, beg galas and kasut sudah menunggu. Hari ni pergi kem pengawas di Kem Askar Wataniah Bukit Kuang @ lebih di kenali dengan nama Kem Bukit Kuang.




Masa sampai kat sekolah tu, nampak ramai gak prefects and ketua/penolong kelas dah sampai. Heh... Aku sering lambat ke sekolah lar. Memula tu, suruh semua students beratur macam biasa, dengar ape2 ucapan/pengumuman yang cikgu nak beritahu. Then, lepas perhimpunan pagi tu, teacher and cikgu2 pengawas yang lain suruh kumpul. Nak mintak duit @ borang... Ada lagi yang tak kasi borang rupenya... Then cikgu bagi kita orang pergi kantin untuk breakfast. Aku tak bawak duit or bekal pun... Lepas teman kawan2 aku gi kantin, kitaorang lepak kat padang sementara tunggu bas and tengok students 4 ino main bola jaring. Best jugak tengok diaorang main...bukan sebab terror macam pro, tapi sebab banyak gelak. blogger-emoticon.blogspot.com

Then bas datang. Ada 2 bas untuk 'hangkut' 67 orang prefects, monitors and assistant monitors. 1 bas untuk lelaki 1 lagi untuk perempuan. Wah...Bas baru. Best and sejuk. Bas lelaki gerak dulu baru lah yang perempuan. Masa dalam perjalanan tu, memang bising la. Sana sini orang berbual pelbagai jenis perkara. Gosip ni gosip tu. Aku hanya mendengar. Tak de mood nak join la. Pastu ntah macam mana, budak-budak bising kata ada bau exaust. Aku tak bau pun memula tapi lepas dah masuk Kijal, baru perasaan. So pak cik yang drive tu berhenti depan TATI. Lepas check itu ini, gerak. Sampai kat Kem Bukit Kuang dalam pukul 9 lebih kalau tak salah.


Memula sampai, ketua dia dah suruh beratur and bagi taklimat. Budak laki dah letak barang dalam dorm diaorang masa kitaorang sampai. Lepas kiteorang abis taklimat and letak barang dalam dorm, semua students kumpul di dewan (dewan made of kayu and kecik jer). Pendaftaran and taklimat. Dapat la satu file and dengar cikgu beritahu apa yang boleh and tak.


Pastu berkawad! Aku and Anati skipped kawad atas sebab2 yang tertentu. Bosan jugak masa tunggu diaorang abis kawad, so aku and Anati tolong cikgu ikat sijil-sijil untuk watikah. huhu, agak payah tapi at least tak ade la bosan.


Lepas diaorang habis kawad, ade makan tengah hari. Lepas lunch, balik dorm, bersihkan diri sebelum pergi sembahyang. Petang tu ada 'Pengucapan Awam'. Waa.. tak sangka lak kena buat pengucapan awam. Dahlah cikgu kasi sorang-sorang (sepatutnya 2 orang tapi tak jumpa partner, Oi sape yang buat pengucapan awam no 12?). Carik idea punya lah lambat sebab cuaca kat kem tu panas and agak penat. Aku scribbled jer atas ketas. Pendahuluan dok bawah, isi atas, conclusion tepi. Pening ar tengok.


Masa nak kena present depan tu, cikgu cabut undi. Aku doa-doa jangan kena nama aku. tapi cikgu Musalmi tarik nama aku jugak. Ish~ aku bab-bab cakap depan orang ramai and pegang mike la aku paling tak suka. Aku memang anti-mike. Masa diri kat depan tu, pegang mike pun dah mengeletar tangan. aish... last-last, aku baca je. Rasa cam kelakar lak. Lepas habis present tu, cikgu zahawi soal macam-macam. Huhu...Jawab je, hentam keromo! In the end, aku dapat 3 points je (max 5). Dapat lah 3 biji choey-choco.


Lepas habis pengucapan awam, minum petang and sembahyang asar. Then lepas tu, ade senaman and main game. Game ni best. Dia tutup mata sorang partner, and yang sorang lagi tu guide kawan dia jalan satu kem. Aku geng ngan Anati. Mata Anati tutup dulu and aku guide dia. Tak de problem tapi memang gelak gila-gila lah tengok orang lain jalan. Memang kelakar. Lepas dia, aku lak. Huhu. Aku pun no problem except masa naik tangga. Askar tu sedap je tipu ade kayu atas kepala aku. Ish... & yang best, aku hampir langgar tiang bendera.


Then, makan malam. Tak ade mood sangat nak makan. Pastu, mandi and siapkan diri. Huh...Aku tak sempat nak mandi. Sempat tukar seluar jer sebelum pergi sembahyang. Nasib la sempat tukar seluar. Lepas tu, sembahyang maghrib berjemaah. Lepas sembahyang maghrib and ishak, kiteorang ada ceramah kepimpinan.


Ceramah tu agak best tapi di sebabkan terlampau penat, aku asyik lelap jer. Try kawal, takot kantoi. Pukul 11 malam baru habis. Punya la ngantok. Nak bukak mata pun tak beberapa larat. Ergh! Rasa cam nak marah je sebab ngantok ya amat dah. Semua balik dorm, ingat nak tutop mata selama 1 jam sebelum aktiviti seterusnya... Tapi tak jadi sebab askar tu suruh kumpul dah. Dia pegi anjakan masa supaya cepat sikit. Ish... ngantok la woooi! Rasa cam nak nyumpah je masa tu... Masa kumpul tu, dia tanya, sapa yang lemah semangat. Ade la 2, 3 budak2 ngaku (perempuan form 2). Aish... Then, last2 ade lagi yang kata takot, Hawa. O0... Rasa nak join sekali je group tu sebab tak payah masuk hutan. Tapi ntah ar, hati kata tak payah, otak kata pergi. Aish sungguh.

Pastu, dia lepaskan semua orang (dengan sarjan la) pergi kat belakang kem. Gelap tak nampak apa. Seramnya rasa. Then, kumpul kat belakang tu pulak. Sarj. tu bagi taklimat. Aku dah naik seram dah ni. Meremang bulu roma, nyesal lak tak join ngan Hawa. Ish... da tak senang duduk. Pastu, Anis Syaza first sekali pergi. Hmmm... Sunyi. Then sape ntah menyusul and dalam 1 minit gitu, dengar orang jerit sekuat hati. Dua tiga kali jugak. Takot nya!! Dah la jeritan high-pitched! Takoooott~

Anyway, lepas 2 3 kali kena marah (sebab tak reti2 nak diam) and ade budak laki tarik diri (budak form 1), barulah sampai turn aku. Ya Allah. Aku terasa sangat seram tak tau kenapa. Tapi try control! Aku gi kat Sarjan tu. Memule, dia tanya pelbagai jenis soalan. Ish. Bapak keje ape? Ngan Petronas ke? Gaji berapa? etc2. Ish askar ni. Pastu die tanye lak, takot ke? Aku jawab ar, agak seram. Die balas balik, rilek ar tak de mende pn! Errr....

Pastu dia lepas aku. Memang agak gelap track dia. Tapi ngan bantuan lampu suluh askar dari belakang and cahaya bulan, aku jalan. Seram~ Nak pegang pagar tu tak berani, takot terpengang bende lain lak. Jalan...jalan...jalan. tetibe ternampak lampu suluh dari dalam semak. And tetibe jugak la ade orang melompat macam hantu cina ngan berselubung dengan kain putih. *Hantu tu pengang lampu suluh!?* Lompat keluar dari semak. TerkeZut aku! Sebab asyik sangat tengok hantu tu, aku jalan tak tengok depan. And mase tu lah halangan ke dua datang. Bantal yang di ikat dari pokok di jatuhkan. Kalaulah mende tu jatuh depan muka aku, memang jerit sekuat hati. Tapi jatuh belakang aku. Salah timing!!

Terus lagi jalan and jalan and jalan. (Dah dalam fighting stance dah ni!) Pastu aku ternampak macam mayat (kena kapan) baring dekat depan. Ish~ Takot!! And lepas aku jalan melepasi mayat tu, barulah dia bangun! Masa tu jarak agak jauh la. Agaknye dia bangun sebab aku terseret daun2 (masa jalan kt dia tu, aku jalan se slow yang mungkin!). Masa dia bangun nak kejar aku tu aku cakap, 'Bang, terlambat lah! Saya dah jauh jalan ni!'. Tapi dia bangun gak. Masa bangun tu, kain yang balut badan dia melurut. Nak gelak gak, tapi bila pandang orang tu bangun nak kejar aku, hape lagi. Cabut langkah seribu! Hahaha. Pastu, jalan terus2 and jumpe penghalang yang ade askar jage. So belok ke kiri and keluar. Tapi masa nak keluar tu, ada askar baling bantal kena balut ngan kain putih. Ish. Naseb tak kena kaki sebab tak kena timing gak!

Terus lagi jalan sampai la dengar suare2 orang yang dah lepas and yang tak nak masuk. Yahoo~ Berjaya sampai!! Sambung lah pelbagai cerita ngan diaorang dan ustazah yang jaga budak2 tu semua!




1 comment:

maklang said...

adaorang nangis ingat kat mak dia tak?he..he..