Wednesday, February 4, 2009

Kacau Bubur Asyura Day

Hari ni tak belajar langsung masa kat sekolah tadi. Sepanjang hari [sampai pukul 12 lebih je] dok buat persiapan untuk masak bubur asyura and bubur lambuk.

Memula pagi tu, ade perhimpunan macam biasa la. Pastu semua students form 4 berkumpul belakang bengkel KH. Kawasan kat situ agak luas jugak. First job masa aku sampai situ, kena buang tulang ikan (ikan selar kuning kot?) yang dah rebus. Aku join Izzah and Affni sebelum Nurul and Amira Nazihah join the club. Happening jugak walaupun tugasnya agak leceh and nyusahkan.

Lepas abis main dengan ikan, kiteorang (minus Nurul and Amira Nazihah), pergi petik daun-daun hutan and pucuk ape ntah. Cabut daun dari batang dia. Banyak jugak tapi best buat ramai2. Then abis la keja. Cuma tunggu air + santan + beras mengelegak sebelum masuk tugas untuk mengacau.

Aku lepak-lepak dulu kat kawah C. Then lepas tengok macam best je kacau, aku pun join the group. Sampai kat kol 12 ke 1 baru lah bubur tu siap. Gilir-gilir la kacau sebab bila dah terkena asapnya, pedih gila lar... Dekat kawah C punyalah panas and bersemangat la berbanding kawah A, B and D sebab kawah C je perempuan yang kacau. Lelaki tak tolong sangat pun (hampeh!) Di samping itu juga (ceh~), aku sempat jugak pergi buat air minuman untuk orang-orang yang bertugas jaga kawah2 tu and untuk yang tak bertugas. Other than that, macam-macam jenis cerita keluar masa duduk-duduk kat kawah C tu. Pelbagai jenis dari A sampai la Z. blogger-emoticon.blogspot.com

Around 12.30, semua dah siap masak. Kumpulan lain take over untuk bungkus-bungkus bubur tu. Aku amik satu bubur asyura and satu bubur lambuk(fav!). Sedap jugak cuma aku kurang suka makan bubur asyura. Dalam kelam kabut packing untuk kawan aku, ntah macam mana terlebih amik. Tak perasaan sampai la naik bas. So, rezeki untuk pak cik Bas la tu...

Anyway, mase kita orang on the way from bengkel to kelas tu, ada sesuatu yang memang kurang asam and kurang ajar berlaku. Perkara ni melibatkan kawan aku and seorang cikgu yang pangkatnya tinggi kat sekolah. Tau-tau ajelah...
Masa tu, aku and Mira pergi hantar bubur cikgu ke meja-meja mereka and pejabat. So aku terpisah la daripada Ani, Sakinah and Izzati. Masa aku sampai balik kat diaorang, Sakinah dah takde. Aku tanya la, mana sakinah?. Ani, dengan nada yang agak geram menjawab, "pergi amik bubur. Bubur dia kena rampas/amik dengan BOS!"

Hah? Bos, dia keluar dari pejabat tadi, pastu cakap, "eh, dah siap bungkus eh? Hmm.... Untuk I tak de ke? Tak pe lah... I amik yang you punya je la..." and terus amik bungkusan bubur Sakinah dan bla dari tempat itu. Ish...blogger-emoticon.blogspot.com Rasa geram gila. Gedik nak mampus pulak tu... Sabar jer lah!

Anyway, balik awal hari ni!

The Gambars


Affni and Izzah with fish~ b4 aku join the club


Izzati and Mira BD (sempat lagi posing with kawah C)

Er... Asal la semua gambar yang melibatkan 2 orang ni mesti blur?


Api yang cukup marak...Sungguh panas blogger-emoticon.blogspot.com


Sempat lagi posing tu. Cikgu Nurulakma (pratical)


Kacau elok-elok... Jangan berangan...


Yaaa! Ini dia cikgu BM aku, Puan Musalmi sedang posing bersama kawah C!


Errr...Kembar?


2 orang cikgu practical (2 2 ajar Chemistry)


Posing terakhir bersama-sama

2 comments:

Nurul Syahirah Dzulkifli said...

cop , mcm mana aku boleh tk perasan ada n3 ni ?
gaaaah .
menyampah aku baca psl BOS tu .
tk patut gila .
mmg selfish la .
haish . haha
gmbr kteorg blur sbb kiteorg ni cntik sgt :P :P

Nadhirah Nazarudin said...

memang la tak perasaan sebab aku baru post malam tadi, around pukul 11++ tu...

perasaan sungguh!!