Friday, May 9, 2008

Masak day

Hari ni penat betul tapi best sebab weekend. Tak payah bangun awal nak pergi sekolah.

Tapi kesian sikit kat aku. Masa tersedar pagi tadi, aku carik phone nak tengok pukul berapa. Takut terlambat bangun. Aku pikir hari ni sekolah dong! Kelakar betul pagi tadi rasa. So disebab kan hari ni tak bersekolah, maka dengan semula jadinya aku keluar bilik pukul 10 pagi. Kira awal lah tuh. Kekadang pukul 11 pun masih malas lagi nak keluar bilik.

Pagi tadi, aku gi sekolah ambik barang-barang yang kawan aku tinggal. Dia lupa nak amik mase dia balek kelas hari khamis semalam. Lepas pick-up barang tuh, aku gi la jemput adek-adek aku yang pergi kelas teakwon-do. Mase kat rumah, aku telah diperintahkan oleh emak aku untuk belajar memasak buttered prawn (yummy!) Tapikan, tak sempat lagi nak belajar, mak aku dah siap masak. Wosh~!! Cepat gila lar. Naseb lah janji dapat menghadap buttered prawns dengan masak asam (lagi sedap!)

Tapi tadi memang aku habiskan masa aku kat dapur (bukan dok menghadap makanan yek!). Petang tadi kene buat dadih sebab kawan mak aku dari arab nak datang. Lepas siap buat dadih tu, aku bancuh satu adun untuk buat chocolate kek. Wan aku mintak sebab hari tu yang aku buat dia tak sempah rasa (adek aku & kawan-kawan mak aku sapu kasi licin). Siap bancuh semua-semua tuh dah pukul lapan. Terpaksa lah lari naik atas, mandi, sembahyang siap-siap. Nak menghadap buku pun tak sempat lagi.

Lepas siap sembahyang and rehat (lebeh kureng 10 minit gitu), kawan mak aku arrived with her family. Anak-anak dia ade 3 orang, 2 perempuan (7 dan 6 tahun) with a baby boy (almost 1). Anak-anak dia kiut! Parents aku berbual and lepas tuh diaorang served the dinner. All of us had two roasted chickens (yang aku buat sama-sama dengan mak aku), a big bowl of Oregano Potatoes (my mom's original recepies), some healthy pasta (the best pasta in the world, better than California Kitchen's) and some Cambell's soup. Yummy. (Disebabkan dinner tadi western, terpaksalah tulis dalam english). For the desserts, we had some chocolate cupcakes and pina-cola-ta (how to spell it again?) a.k.a dadih with some Hersheys Chocolate Syrup. Banyak nya chocolate...

Sekarang nih, aku tengah kepenatan dan ke-ngantuk-an disebabkan rushing masak tadi dan dah lepas my bed-time. Tapi, I'm trying to not fall asleep since I haven't open my sejarah book yet!
Okay la, sampai sini jer rambling aku hari ni mengenai dunia ku yang penuh dengan keceriaan, keseksaan, kehidupan, kehitaman dah segala-gala ke ke yang lain.

Ja-ne...assalamualaikum

1 comment:

Pijah said...

i think it's pannacotta