Thursday, June 12, 2008

Tugasan yang bernama Kerja Kursus...

Lamanya tak update blog! Uh... Busy da... Macam-macam perkara yang telah membuat diriku busy (walaupun baru ni dua minggu cuti sekolah...)

Ok, hari ni diriku nak bercerita tentang sesuatu yang diberi nama oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) Kerja Kursus... Kerja kursus ini terdaaappaattt terlalu banyak jenis. Contoh adalah seperti dibawah...:-
  • Kerja Kursus Geografi Tempatan
  • Kerja Kursus Sejarah
  • Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Pendidikan Agama Islam (Nama dia apa ke haritu...Lupe da)
  • Bahasa Arab Komunikasi (Kena hafal 'n' buat ujian... Apa punya jenis ni?)
Itu adalah merupakan bilangan kerja kursus yang terdapat di sekolah diriku. Yup, ada 5 jenis kerja kursus. Kerja Kursus merupakan sejenis tugasan yang pihak LPM me-WAJIB-kan kesemua pelajar untuk melakukannya. Sape-sape yang tak buat, alamatnya PMR nanti markah sikit la (untuk Geo, Sej & KHB). Kalau untuk PAI pulak, markah kerja tu boleh influence kan result markah kita nanti (ustazah cakap... :D)

So sekarang ni mari bercerita tentang Kerja Kursus Geografi Tempatan atau nama singkatnya, KGT.

Disebabkan cikgu kelas diriku ni telah memberikan explanations yang cukup sempurna untuk KGT ni, kita orang telah menganggap kerja ini terlalu senang dan boleh di siapkan dalam masa yang cukup la singkat.

Tup tap tup tap, masa yang diberikan telah tamat. Sila hantar hasil kerja kursus kamu selewat-lewatnya hari Khamis ni!

Adoi! Sudah... Naseb la yang first 5 aspek tuh semua dah siap. Tinggal lagi 2 and 1/5 lagi to go. Buat pukul 10.30 pm until 12.30 am dengan kawan-kawan yang on (diaorang pun tengah buat bende sama la!) Pastu sambung balek pukul 5.30 pagi. Then pergi sekolah.

Kat sekolah bukannya boleh rehat-rehat. Sambung balek kerja kursus. Ada peta yang tak cukuplah, tak buat mata angin and macam-macam lagi masalah. Kelakar sangat rasa mase semue orang tengah bertungkus-lumus siapkan KGT tadi. Semua orang gelabah sebab cikgu cakap kalau tak hantar hari ni, markah cikgu potong separuh and beritahu parents.

Dekat pukul 12.30 pm tadi baru la semua orang siap. Lepas siap tu, semua boleh gelak kata 'syok la buat kerja last minute!'. Bagi diriku sememangnya seronok buat kerja last minute same-same. Sebab rasa cam cabaran la walaupun tak sepatutnya buat camtu.

Ok la, rasa sampai sini je la... Memandangkan tadi tidur 5 jam jer and tenaga dah habis sebab struggled dengan KGT tadi, diriku memerlukan tidur yang mencukupi (naseb esok weekend!)

Bah-bai

4 comments:

Maryam A. Razak. said...

i have a feeling that u are nadhirah nazarudin.
you wanna noe y i think so ?

well,
1. ure the only person who actualy remembers ORLANDO JERICHO BOON.

and

2. ure the only person who is actualy rich enough to have a HP touchscreen cmptr yg ade tablet pusing2.

based on the proof above,i am VERY VERY SURE you are the girl whom i got "drunk" with drinking 100 plus before camping mse form 1 dlu.
ahahahaha xDD

oh good times. good times.
:)

Orz said...

i want to get drunk too D: 100plus XDXD

Maryam A. Razak. said...

sejak bila marsya was SHIRLEY ??!!!
xD

Anonymous said...

form 3 ke?hoho...semua folio saya dh siap!!:D